Monday 7 December 2015

Perginya Putera Idamanku

Assalamualaikum. Hai. Lamanya aku tak update blog kesayangan ni. Cuti sekolah dah masuk minggu ketiga. Banyak yang aku nak cerita tapi mungkin lain kali kot. Sebab hati aku masih sayu terkenang pemergian YAM Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Iskandar ibni Sultan Ibrahim. Kalau korang yang ikuti blog aku daripada awal korang akan perasan aku pernah update tentang Tunku Jalil.. Apa yang jadi sebenarnya?

Pada jam 7:10 malam sabtu (5 Disember 2015), aku dikejutkan dengan berita kemangkatan YAM Tunku Jalil. Seperti yang ramai tahu... Tunku Jalil (TJ) telah dikesan menghidap kanser hati tahap 4. Hmmm kritikal kan. Namun telah menjalani pembedahan di Guangzhou, China. TJ dikesan menghadapi kanser hati sejak tahun lepas dan menjalani pembedahan pada tahun ni. Tak adalah lama. Baru tiga empat bulan lepas. Kalau tak silap.

Jujur aku katakan.. waktu berita tu sampai dekat telinga aku.. aku memang tak percaya dan kalau boleh tak nak percaya. Sebab sebelun ni dia sihat je. Aku mula tak keruan mencari sumber yang boleh mengesahkan pengkhabaran ini. Aku nampak Tunku Idris, kakanda TJ upload gambar dekat insta. Gambar zaman kecilnya dengan TJ. Di gambar tu tertulis "My Brother, My Hero". Tanpa sebarang caption. Aku dah takut. Dalam hati hanya berharap tiada apa yang berlaku dekat TJ. Walaupun komen dekat gambar tu dah mula taip "Al Fatihah." Sekali lagi aku cari sumber yang boleh dipercayai.. aku tengok instagram tengku puan pahang yang merupakan mak saudara TJ. Dia pun announce yang TJ dah kembali ke Rahmatullah. Aku tak boleh nak kata apa.
Aku pun bukak wechat dan update moment. Tak lama lepas tu Aisyah, anak buah aku komen. Dia kata bonda dia (bonda dia isteri sepupu aku.) cakap yang TJ kritikal. (For your information, bonda aisyah ni bertugas di hospital sultanah aminah yakni hospital tempat TJ menghembuskan nafas terakhir.) Belum meninggal. Aku baru nak tarik nafas lega bersyukur kepada Allah. Tak lama lepastu Aisyah message kata TJ dah meninggal sebab tentera dah tukar baju melayu warna putih..
Maka aku pun mengalirkan air mata tanpa disedari. Seriously.. aku sedih. Hiba. Terasa kehilangan. Walhal bukannya ada kaitan. Air mata aku makin deras bila aku bukak twitter. Banyak ucapan takziah serta tweets yang mengenang kembali kenangan bersama almarhum. Jujur, setiap ayat yang di tweet itu membuatkan aku bertambah sedih. TJ merupakan prince charming di hati johorean. Putera raja berjiwa rakyat. Gurauan nakalnya bersama adik beradiknya sering menjadi hiburan aku. Sejak aku mula kenal dia.. aku meletakkan dia sebagai lelaki idaman aku. Tinggi, handsome, berbudi pekerti, tabah, human and nature friendly.

Aku akhiri penulisan ku. Akan ku sambung untuk menceritakan suasana majlis pemakaman dan kisah-kisah menarik yang dikongsikan di twitter. Mungkin lambat sikit kerana aku masih tak boleh menerima pemergiannya. Sebelum aku menoktahkan coretan ini.. ku kongsikan gambarnya yang juga gambar kegemaran ku.

My Prince Charming; Tunku Abdul Jalil Iskandar.

**TO BE CONTINUED..**

No comments:

Post a Comment