Thursday 10 December 2015

Dariku Untuknya

Assalamualaikum readers. Hari ni aku just nak share and express my feeling. Mohon tak ada yang menyampah. -..-"

**Draft 6.12.2015**


Pemergian Ku Lil merupakan satu kehilangan yang besar buat diri ku. Seriously aku tak pernah sesedih ni. Mungkin ramai tertanya-tanya.
"Kau tak ada kaitan dengan dia. Tapi kenapa kau beriya sedih?"
Okay. Let me tell you; aku mula mula dengar nama dia 3 years ago tak silap aku. Time tu aku pergi rumah Makwa (bukan awek lah. Tapi makcik aku. Hawa.) Oh ya. Rumah dia dekat Bandar Baru Uda. Nak jadikan cerita time tu Ungku Fauziah a.k.a adik ipar makwa datang and they are talking about my cousin's daughter, Manja (she is older than me). Ungku Fauziah kata that manja nak kahwin dengan Ku Lil. Tapi time tu tak ada feeling excited yelah orang tak pernah tgk rupa Ku Lil. Tak pernah kenal and tak pernah dengar nama pun. So bila aku balik je rumah aku... apalagi google lah weh. Bila first time tengok muka dia.. pergh macam Edward Cullen dalam cerita twilight daa. Masa tu terus jatuh cinta pandang pertama. Then teruslah cari instagram dia, facebook dan twitter. Sejak dari haritu.. aku selalu follow cerita dia. Senyuman dia, lawak dia dan semua tentang dia kira dah sebati dengan aku. Kiranya satu hari tak nampak post dia mesti macam wondering "apa jadik? Okay ke? Mana dia?"

Tu kisah tahun pertama minat dia...

Masuk tahun kedua aku macam kurang mengikuti Ku Lil bukan kurang actually. Aku follow tapi aku takde lah nak bercakap pasal Ku Lil. Tapi korang ingat aku boleh tahan ke? Hahahahaha memang tak lah. Aku pun share story pasal Ku Lil dekat kawan-kawan aku. Tak ramai pun. Kawan yang aku selalu lepak. Sejak tu... setiap pagi lepak dekat perhimpunan aku mesti bukak cerita pasal Ku Lil. Sampai diorang pun minat Ku Lil. Mulalah berebut nak buat calon suami. Hahahaha kenangan.

Lama-lama aku berani kan diri kongsi dengan mak. Mak pernah kata.. "kau nak kahwin dengan anak raja kena jadi doktor ke pilot ke.. kau ingat dia nak ke budak tak suka belajar ni?"
Sejak tu.. aku jadikan Ku Lil sebagai pembakar semangat untuk study. Walaupun tak berapa nak berkesan.

Lepastu. Hahaha korang bosan ye baca cerita aku? Sorry :(

Tadi cerita mak. Sekarang nak cerita pasal makcik (MakWa) pulak. Aku banyak tahu pasal Ku Lil pun dari dia lah. Waktu yang mula-mula Ku Lil dapat kanser tu.. aku tahu dari Makwa lah. Tok Ti jodohkan dia dengan somebody pun aku tahu dari Makwa. Kiranya banyak lah Makwa tau pasai depa ni.

Makcik paling sayang.
Hawa binti Sajam a.k.a makwa ♡


Eh aku nak cerita satu rahsia.. bila kawan-kawan aku minat Ku Lil.. aku pun cakap dengan diorang aku minat Ku Iman. Hahahaha. Memang pun time tu Ku Lil dengan Ku Iman memang handsome. Tapi Ku Lil tetap favourite di hati.

Korang mesti ingat aku suka Ku Lil sebab dia handsome.. tak pun sebab dia anak raja so dia kaya. =.="
Tak okay. Nak tahu? Aku suka dia sebab dia tu ada semua ciri-ciri lelaki idaman aku. (Aiseh.. budak sekolah cakap macam ni. Haish. Tak patut) tinggi, ada gaya, kurus (aku ni takdelah kurus mana. Chubby), tapi yang penting... sifat budi bahasa dia. Peramah.. ceria.. senyuman manis... kiranya mesra rakyat lah. Ada ke anak raja yang sanggup hidup macam orang biasa?? Jarang weh. Ku Lil ni one and only. Tiada galang ganti. Di sebabkan aku tak ada peluang untuk kenal Ku Lil dengan lebih dekat.. so tak banyak pasal dia aku tau. Poin paling penting.. Ku Lil suka binatang. Buaya pun dia bela tau dak. Hahahaha :")

Tu Lucy.. cipan kesayangan. Video dia ada
dekat instagram aku. :")


Panjangnya cerita ni lahai. Dah lama draft. Baru sekarang nak sambung balik sebabnya haritu nak tulis still sedih. Nak percaya pun macam nak taknak je. Tiga malam aku menangis. Macam bini mati laki. Tiga hari jugak lah aku pakai baju hitam. Berkabung kononnya. Almaklumlah.. pakaian warna putih tak ada. Mak pun pelik jugak buang tebiat ke pakai baju hitam manjang.

Akhir kata, Ku Lil memang kekasih hati bangsa Johor. Kesayangan semua orang. Semoga Allah memberikannya ganjaran yang setimpal dengan budi baik nya selama ini.

always be my prince charming forever. ♡

Terima kasih Ya Allah kerana telah menghadirkan seseorang yang menceriakan hariku.. membunuh sepi dan sedihku walaupun aku hanya melalui skrin telefon dan komputer bukan secara langsung bersemuka. Berikan dia ganjaran yang setimpal dengan budi baik yang telah dilakukan selama 25 tahun dia hidup. Berkatilah dia.. limpahkan rahmat keatas rohnya. Amin..

Sesungguhnya.. Ku Lil tetap didalam hati saya dan semua yang menyayangi Ku Lil.. dulu, kini dan selamanya.



I love and always love you. ♡


**THE END**

No comments:

Post a Comment