Wednesday 20 May 2015

Cinta dan Cinta



Assalamualaikum.
lamanya tak bukak blog ni eh silap. lamanya tak tulis entri kat blog ni.
*yelah, aku update pun siapa nak baca kan?* [ayat pasrah]

nak kata je. minggu ni minggu exam. penat tahap paling tinggi lah. nak-nak time exam paper sejarah kertas 3 tadi. SADIS! rasa nak patah tangan menulis 3 helai kertas 6 muka surat. PENAT TAU TAK!
tapi nak buat macam mana.... dah kena buat. kalau tak exam karang kosong.. tak pasal-pasal kena nyanyi lagi najwa latif. hahaha!

sebelum tu, aku nak ucapkan selamat hari guru kepada guru-guru yang dah banyak didik aku dari aku dekat Tadika Mahkota, kelas Al-Quran, SK Ampang Pecah, SRA Kuala Kubu Bharu, SMK Ampang Pecah, Pusat Tuisyen Sinar Gemilang, Cikgu Ani and latest SMK Kuala Kubu Bharu... semuanya awesome!

cakap pasal hari guru... haritu aku tengok cerita sempena hari guru. tapi aku tak ingat tajuk dia. yang aku ingat dia pasal ada cikgu baru nama Asyraf mengajar kat sarawak. then ramai gila minat dia sebab dia handsome, jambu, mesra pelajar, peramah, baik blablabla...
tapi aku tengok tak tengok dari awal. tengok part klimaks. (Komsas sangat kau ni.)
Cikgu Asyraf tu ada cakap..
"Jadikan cinta kamu terhadap si dia sebagai satu semangat untuk kamu belajar."
deep gitu. cakap pasal cinta ni laju je tangan nak menaip. hahaha!

aku tulis berdasarkan pemerhatian dan pengalaman aku lah.

Cinta tu memang luar biasa.
boleh jadikan yang kuat jadi lemah.
yang bodoh jadi bandai.
yang sentiasa merendah diri menjadi terlalu yakin.

tak salah nak mencintai seseorang. tapi jangan lah terlalu asyik bercerita tentang si dia.

"malam tadi aku bergayut dengan hubby busyuk aku. manja je."

"Baby boo aku setiap hari kata dia cintakan aku"

"Bestnya dapat kahwin dengan cinta hati aku. dia lah sebaik-baik manusia."

ustazah aku sendiri kata.. hukum bercinta sebelum nikah tu HARAM. aku pun tahu, haram pun sebab dia mendorong kita ke jalan maksiat.

"couple ni sebab nak kenal je."

mula-mula berkenalan. lepastu bercinta-cintaan. bermanja-manja. tak rasa berdosa ke? bermanja-manja dengan yang tak halal. aku cakap sebab aku dah pernah rasa. suatu ketika dahulu aku pun jahil. tapi ilmu tu harus dicari. dipelajari. kalau tak selamanya kita ni jahil. Islam menyuruh kita bertaaruf. berkenalan sambil disaksikan keluarga atau mahram. so tak adalah maksiat.

"sunyilah kalau sehari tak jumpa dia. tak chat dengan dia."

ni lah aku nak cakap. masa kau belum kenal dia, aku tengok kau okay je. tak mati pun. ni sejak dah kenal si dia, terus mati kalau tak jumpa? kalau sunyi Allah kan ada. kita je yang kadang-kadang lupakan dia. (sama lah dengan aku).

sekarang ni ramai nak lelaki yang soleh. yang handsome. yang pandai mengaji bla bla bla. [termasuk aku] tapi pernahkah kita tanya diri kita. solehah kah kita? solat pernah ponteng tak? pegang Quran berapa kali setahun?

maaf andai mengguris perasaan readers.

Tepuk dada tanya iman....

.
.
..
...

Cinta yang suci adalah cinta yang ikhlas kerana Allah
**THE END**

No comments:

Post a Comment