Wednesday 20 May 2015

SyzFReview : Telemovie Ada Sejadah Panjang Terbentang


Assalamualaikum. siapa tahu scene ni dalam cerita apa.?

yes. telemovie Ada Sejadah Panjang Terbentang. baru je ditayangkan 18 May hari tu dekat TV9.
watak utama dia Beto Kusyairi dan Siti Saleha. gandingan hebat ni. jangan tak tau.

sedikit pasal cerita ni bagi yang belum tengok.

Cerita pasal perjalanan cinta Taufik (Beto Kusyairi) dan Siti Aishah (Siti Saleha) yang mencabar bagai ombak mengganas di laut yang luas. kisah cinta mereka ni bermula bila keluarga Aishah meminang Taufik. keadaan ini menimbulkan rasa tak puas hati Azmi (Erry Putra) yang juga sukakan Aishah tapi lamarannya ditolak keluarga Aishah sebanyak 3 Kali.
Aishah dengan Taufik ni tak pernah berdating.. hanya surat sebagai penghubung. Taufik ni pun seorang yang baik. susah nak describe. kalau nak tahu kena tengok sendiri.
Sampailah hari mereka ni nak dinikahkan.. Azmi datang buat kacau depan rumah Aishah dan tanpa disangka.... wajah Aishah disimbah asid oleh Azmi. Lelaki mana yang tak marah bila dapat tahu bakal isterinya kena simbah asid... Taufik serang Azmi di rumahnya. mereka berdua ni pun bergelut mempertahankan diri masing-masing. tak sangka, Azmi pulak mati lepas jatuh dan kepalanya terkena batu. Taufik dipenjara.
7 tahun Aishah setia menanti. tapi Taufik minta putus. namun Aishah tetap setia. sampailah Taufik dah dibebaskan. Tapi adik taufik, Budi (Nas-T) pulak memberontak dan tak suka dengan kepulangan abangnya. ia merasakan Taufik punca keluarga mereka dipulaukan.
Budi juga dalam diam mengupah mak andam untuk meminang gadis pilihannya namun ditolak. keadaan semakin tegang bila Budi menyalahkan abangnya. maknya yang cuba meleraikan dua beradik ni berakhir dengan kematian. mak Budi dan Taufik meninggal kerana Budi secara tak sengaja menolak maknya sampai jatuh.
lepas pengebumian arwah maknya, Budi halau taufik keluar dari rumah dan Taufik duduk lah menumpang di pondok buruk dalam kebun buah.
Nasib Budi tak berapa nak baik bila dia dipukul Lintah darat kerana tak membayar hutangnya. Pak Saad memberitahu Taufik tentang keadaan Budi. Taufik dengan rela hati mengeluarkan simpanannya demi Budi yang dalam kesusahan namun syarat diberikan agar Pak Saad tak beritahu yang Taufik yang bagi duit itu.
Pak Saad tak sampai hati tetap memberitahu budi perkara sebenar, Budi rasa bersalah yang amat pergi ke pondok buruk Taufik untuk meminta maaf. pintu dibuka kelihatan Taufik baring pengsan. Taufik disahkan menghidap kanser otak. dan kerana itulah dia memutuskan hubungannya dengan Aishah ketika didalam penjara. kerana Taufik tak mahu buat Aishah sedih dan terbeban, dia juga tak mahu Aishah menjadi balu dan ditinggalkan selama-lamanya.
Pak Saad yang mengetahui hal itu pergi kerumah Aishah dan memberitahu kepada keluarga Aishah.
Aishah terkejut dan terus ke rumah Taufik untuk meminangnya. baginya dia rela menjadi isteri Taufik walaupun hanya satu saat. Asalkan dirinya menjadi isteri buat Taufik.
Usai akad nikah.tibalah masa menyarungkan cincin. lepas dahi Aishah dicium. Taufik rebah dan pergi buat selama-lamanya..

sedihkan ending dia..lagi sedih kalau korang sendiri tengok cerita dia. boleh je tengok online. search dekat google bersepah link.

pendapat aku...

cerita ni memang menyentuh hati and cerita ni mengajar kita yang jodoh tu tak perlu dikejar. dia akan hadir dengan sendiri. cukuplah hanya memohon kepada Allah agar dikurniakan pasangan yang baik dan beriman. satu lagi pengajaran yang aku dapat is kalau baiklah akhlak seseorang tu. orang yang akan masuk meminang dia. bukan dia. hebatnya cinta berpaksikan cinta kepada Allah. Siti Saleha and Beto Kusyairi bawak watak Aishah dan Taufik dengan baik sekali. menyentuh hati aku sampai menitis air mata aku. jalan cerita yang menarik dan pelakon yang hebat. tak mengecewakan aku lah. tahniah kepada krew produksi telemovie ini. 5 stars!

Jauh mana terpisah.. kalau dah jodoh pasti bersatu.
**THE END**

No comments:

Post a Comment