Saturday 2 February 2019

Aku dan Talia

Assalamualaikum guys~
Ahh, semenjak ada internet yang laju ni, rajin betul aku update entries. Hahahaha!

maklumlah, bahagia.

Masa aku kemas barang, aku terjumpa barang yang mengingatkan aku dekat Talia. Klien pertama aku semasa aku jadi Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)

Talia banyak sedarkan aku tentang stigma masyarakat. Bahkan kata-kata Talia sendiri banyak kali menampar emosi aku.

Pertama kali aku berjumpa Talia adalah kerana kesnya dirujuk oleh kaunselor kepadaku. Kata kaunselor, Talia tidak mahu bercerita tentang masalahnya walaupun ditanya berkali-kali.

Pertama sekali yang aku lakukan saat bertemu Talia adalah untuk turut menjadi dirinya. Tak sangka Talia sangat sukakan chocolate. Aku memang sentiasa menyimpan stok gula-gula dan chocolate kerana setiap kali aku melintasi kelas Pendidikan Khas, aku akan menghulurkan seketul gula-gula kepada salah seorang yang bertuah. Bagi aku, chocolate ini secara tak langsung menyampaikan message bahawa kita sayang seseorang itu. well, chocolate kan sinonim dengan cinta.

Sambil Talia makan chocolate itu, aku memandang wajahnya. Manis. Lamunan aku terhenti apabila Talia mengajak ku menemaninya ke toilet. aku turutkan permintaannya.

Dalam perjalanan ke toilet itu, aku terdengar suara-suara sumbang yang berbunyi "Eh Ustazah Talia dah ada pengikut baru ke?", "Wuuu barang boek ah."
Talia tertunduk. langkahnya terhenti dan dia berpaling untuk berpatah balik ke bilik kaunseling. Talia terus menangis. Dia berkata kepadaku, "Salah ke aku yang jahat ni nak ajak orang buat baik? Dulu memanglah, aku usaha nak jadi baik. tapi bila orang kata macam-macam, aku terus give up. Aku memang jahat, pernah gugurkan janin dalam rahim aku, tidur dengan ramai lelaki. Tapi tak pernah ada orang pun tanya kenapa aku jadi macam tu. Ayah aku gambler, kaki botol, penagih. Mak aku kerja kedai makan. Aku pulak dengan adik aku je. Aku buat macam tu sebab aku nak duit je. Tapi sekarang aku dah sedar.. duit tu tak boleh bahagia kan kita pun. Jadi lepas aku dengar ustazah cakap kat perhimpunan haritu pasal dhuha dan rezeki, aku cuba solat dhuha. aku ajak kawan-kawan aku, tapi aku kena maki balik. katanya, di dahi aku ni memang dah di cop ahli neraka . Aku dah tak layak nak cakap soal agama, tak boleh bagi nasihat."

Aku diam kejap. Masa ni aku sendiri tak tahu nak react apa - apa. Sebenarnya dari awal aku dah tahu siapa Talia. Memang ramai yang memandang rendah kepada Talia kerana sifatnya. Even aku sendiri pun pernah kutuk Talia ni dengan classmate aku sebab dengar cerita dia kena tangkap mandi sungai dengan lelaki time koko. sungai tu pulak sebelah sekolah je.

Aku pun tertanya-tanya. memang stigma masyarakat ni selalu negatif ke? Asal pelacur je tak boleh bagi nasihat. Asal jahat je confirm ahli neraka. Asal curang je tak layak nak cakap soal jodoh. Apa hak kau untuk buat kerja Tuhan?

btw, sesi kaunseling antara aku dan Talia berjalan lancar. Sampai kering sendiri airmatanya, sampai dia tersenyum, lalu dia balik semula ke kelas. Ahh rindunya nak dengar masalah orang. Aku dengar sekarang ni Talia pun dah bahagia. dah ada suami dan anak. Talia ni masa aku jumpa, dia form 4 dan aku form 2. haaaa muda engko. hahahahaa

disclaimer: Talia bukan nama sebenar..

No comments:

Post a Comment