Thursday 15 March 2018

Don’t be Judgemental

assalamualaikum... nak cakap pasal apa eh harini? hm...
-
-
-
-
-
-
Salah satu perkara yang terbaik yang boleh kita buat untuk menjadikan hidup lebih gembira;

– adalah dengan belajar untuk mengelakkan diri kita dari menilai orang lain.

Image result for don't be judgemental

Don’t be judgemental

Maksud aku kat sini adalah, bukanlah kita perlu untuk berpura-pura untuk ‘tidak menilai’ orang lain.

Ia sememangnya telah menjadi salah satu sifat semulajadi manusia.

Kita semua mudah untuk menilai orang lain.
aku pun tidak terkecuali

Dan walaupun sifat menilai atau judgemental ini sifat semulajadi manusia, aku tak rasa benda ni boleh memberi kebaikan kepada kita.

Kita cenderung memkaung rendah terhadap orang lain.

Pada masa yang sama kita merasakan bahawa diri kita lebih baik atau mulia.

Ia akan mewujudkan jurang diantara kita dan orang lain.

Cuba fikirkan sesaat: Apabila kita terserempak dengan seseorang, dengan berdasarkan penampilan dan perbuatan mereka, apa yang akan fikirkan tentang mereka?

Dan penilaian kita terhadap orang lain selalunya buruk.

Apa akibatnya jika kita mudah untuk menilai orang lain?

Apakah keburukan yang terselindung disebaliknya?

Ini adalah beberapa akibat yang akan berlaku:

-Kita akan langsung tidak mempedulikan apa yang seseorang itu sedang lalui
-Kita tidak akan faham situasi yang sedang berlaku.
-Pkaungan yang tidak betul terhadap orang lain.
-Kita akan rasa lebih hebat dan baik daripada orang lain
-Kita akan tidak bersyukur
-Menutup pintu silaturrahim. Kita sukar untuk cuba mengenali seseorang itu dengan lebih mendalam.

Jadi, macam mana benda benda ni boleh jadi?

Mari kita ambil satu contoh yang biasa berlaku dalam kehidupan seharian kita, senang aku nak explain apa yang aku nak cakap sebenarnya:

aku ada seorang kawan yang sedang giat membuat perkara yang membahayakan kesihatannya.

Dia seorang yang mempunyai berat badan berlebihan dan menghidapi penyakit diabetis.

Dia gemar merokok dan suka makan makanan segera.

Dia juga kerap melakukan perkara buruk yang lain, yang mana aku memang langsung tidak suka..

aku menilai dia berdasarkan apa yang dia sedang buat dan lakukan. aku terfikir perkara yang buruk terhadapnya. Berasa mual dengan sikapnya yang macam tu.

Lama kelamaan aku hapuskan dia dari fikiran aku, kerana rasanya tidak berbaloi untuk cakna tentang dirinya yang sebegitu.

Perkara sebegini selalu jadi dekat aku dan kepada kebanyakkan orang.

Cuma gantikan situasi diatas dengan pasangan kita, rakan sekerja, anak, rakan dan orang lain yang disekitar kita.

Selain daripada mengamalkan hidup yang tidak sihat, mereka mungkin suka membuat perkara lain yang kita tidak suka.


Apa yang ingin ditunjukkan dalam contoh ini?

Pertama sekali, aku tidak kisah dan tak nak ambil tahu apa yang sedang dia lalui. aku tak faham apa sebenarnya yang sedang berlaku kepadanya.

Tetapi sebenarnya tanpa diketahui, dia sedang tertekan disebabkan oleh masalah kesihatannya.

Dia merasa rendah diri, kerisauan, ketakutan, dan hilang percayaan kepada diri sendiri.

Disebabkan oleh perasaan-perasaan yang menakutkan dan menyerabutkan ini, dia lebih senang untuk tidak memikirkan masalah kesihatannya.

Dia cuba untuk menjadikan dirinya berasa gembira dan selesa dengan merokok dan makanan ‘sedap’.

Dia cuba menghilangkan segala masalah yang bersarang difikirannya.

Padahal aku pun akan buat perkara yang sama jika untuk mengembirakan diri bila rasa tidak selesa sebegitu. Bila aku rasa tak senang hati, aku cenderung untuk mengasingkan diri dan makan dengan banyak.

Jadi aku tidak lebih hebat atau lebih baik daripada dia.

Selain itu, aku juga akan menjadi tidak bersyukur dan menghargai  kawan aku tu, disebabkan oleh masalah tingkahlaku luarannya itu.

Bila terlebih menilai beliau, aku langsung tak hargai kehadirannya.

Sebaliknya aku menjadi lebih mementingkan diri, dengan lebih mengutamakan dalam fikiran bahawa aku lagi  baik dan bagus daripadanya,  betapa dia menyakitkan hati aku dan bagaimana rasa sakit hati aku terhadapnya lebih besar daripada penderitaan yang dirasakan olehnya.

aku tak ambil berat dan ambil tahu lebih lanjut mengenainya, apa yang dia sedang rasakan dan lalui, mengapa dan bagaimana..

…tetapi sebaliknya aku telah menilai dia dari segi luaran, dari apa yang aku lihat.

Dan dari sudut penilaian yang aku buat ini, aku tak akan dapat menolongnya kerana aku sudah menutup pintu bicara dengannya. Dan menganggap dirinya tidak perlu diambil kesah.

Sekarang kita semua boleh melihat mengapa semua ini bahaya dalam konteks kehidupan kita.

Ia menyebabkan aku rasa sakit hati dan tidak gembira, ia mengancam hubungan aku dengan orang lain, ia menghalang komunikasi dan menghilangkan rasa prihatin aku.

Tidak membuka hati aku untuk meringankan masalah orang lain.

Disamping juga bahaya-bahaya yang lain yang sentiasa menambahkan jurang dalam perhubungan.

“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang mengunjing sebahagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertaqwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Penerima taubat, Maha Penyayang.”
[al Hujurat, 49:12]



Bagaimana nak lepas daripada sifat ‘menilai’ & Judgmental ini

Pertama sekali kita harus sentiasa berwaspada dalam setiap apa yang kita lakukan.

Anggap sifat menilai orang ini sebagai sesuatu yang sentiasa harus dielakkan.

menilai

Mari lihat dalam konteks kehidupan kita.

Ada beberapa  petkau yang menandakan kita sebagai seorang judgemental atau suka menilai.

Jika kita berasa marah, sakit hati atau menyampah terhadap seseorang, pastinya kita akan mengata terhadapnya, bergosip dan mengumpat terhadapnya.

Ini adalah petanda kau adalah seorang yang suka menilai atau judgemental. Sila cam kan apa yang sedang berlaku.

Apabila kau sudah menyedari perkara ini, berhenti dan bertenang.

Tidak perlu untuk menyalahkan diri sendiri, tetapi persoalkan mengapa kita bersikap sedemikian:

-Mengapa kita perlu menilai seseorang?
-Apakah pandagan yang dibuat oleh kita terhadapnya betul dan munasabah?
-Boleh kita teka apa yang sebenarnya seseorang itu sedang lalui sebenarnya?
-Kelebihan apa yang ada pada dia yang boleh kita hargai?
-Cuba keluar dari memikirkan dalam sudut pandangan kita dan cuba letakkan diri kita berada ditempatnya
-Cuba bayangkan bagaimana jika kita sedang berada ditempatnya, melalui situasi yang sama denganya?
-Bila kita selesai dengan persoalan ini, tanyakan kepada diri kita: Bagaimana untuk kita boleh menolongnya? Apa yang dia perlukan sebenarnya?

Sangka buruk yang harus?
Tidak dinafikan ada beberapa jenis sangka buruk yang diperlukan demi keselamatan diri. Ia juga dinamakan berhati-hati atau ‘hazar’. Ini dalam bab lain, kau boleh baca artikel yang menarik ni secara lengkap di Blog Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Penutup
Kadangkala, orang-orang sebegini hanya memerlukan seseorang yang sudi mendengar masalah mereka.

Seseorang yang boleh menjadi sahabat, seseorang yang tidak menilai dari luaran, seseorang yang mampu menerima mereka seadanya.

Adakalanya juga, mereka perlukan sesuatu yang lebih.. – iaitu nasihat, panduan dan sedikit pelukan untuk memberikan mereka semangat untuk teruskan hidup dengan lebih baik.

Tetapi semua ini tidak akan berlaku selagi kita masih lagi seorang yang judgemental.

Yang senang untuk menilai dan melabel orang lain.

Bila kita dapat membuang sifat ini, dan menggantikannya dengan rasa  menerima dan empati, kita akan menjadi sesuatu yang  sangat membantu.

Dan secara tidak langsung, kita akan merasa lebih gembira dan bahagia disepanjang berlangsungnya proses ini.

thanks sebab baca sampai habis.

i love you guys,
nurfahada

**THE END**

No comments:

Post a Comment