Wednesday 22 October 2014

Masihkah Kau Ingat Peers! [Bhg. 1]

Assalamualaikum. wah! lamanya aku tak bukak blog ni. .. sihat tak semua silent readers aku ni? Alhamdulillah. aku pun sihat. cuma selsema sikit. hehe! maafkan aku sebab lama tak update post.

hhmm.. hari ni aku nak cerita pasal satu kursus yang aku baru je pergi.. isnin lepas. baru je balik semalam ni. Kursus Pembinaan Jati Diri PRS Hulu Selangor.
best sangat kem ni.. walaupun dua hari satu malam. tapi dia tinggalkan kat aku banyak kenangan sama ada pahit dan manis.

FIRST DAY
aku turun je dari kereta cikgu yati dengan haziq, oshin ngan alip.. aku nampak ramainya peserta.. (padahal tak lah ramai mana pun. 71 orang je). aku ngan dorang gi lah register nama.. lepastu masuk dewan,.. banyak muka2 sporting tak kurang jugak muka kerek.  lepastu cikgu tarmizi memperkenalkan diri untuk slot ice breaking (sebenarnya sebelum tu ada taklimat dari kem komandan tapi aku malas nak cerita).. ok. cikgu tarmizi buat satu game. alaa game goreng pisang. laki lawan perempuan. time nak lantik ketua untuk game tu, tak pasal2 aku kena. aduh. tau lah aku paling tinggi. lepastu cikgu tarmizi tanya nama aku. aku dah mention nama aku fahada. boleh pulak dia sedap2 tukar jadik fafa. tapi sedaplah jugak and sebab nama tulah budak2 kursus ingat aku. ahah!
lepastu game start.. ok perempuan menang sebab lelaki banyak mengarut. hahah!
lepastu perlantikan penghulu dan penghuluwati. ni yang aku nak. jawatan ni. dah lama aku nak. aku harap dengan jadinya aku ketua time game tu, dorang kenal lah aku and lantik aku. tapi sharifah budak samt yang jadik. aku jadik naib penghuluwati. penghulunya pulak si Shahriezal budak SAM Sg. Selisek. naib penghulunya Aizat. tak sure sekolah mane.
[lepastu aku tak ingat apa yang jadik hehehe]
 ok lepastu kk [kem komandan] kasi kunci dorm.. hee untung tido dorm.kalau khemah.. dah lama aku reject tau kem ni! hehe. ok. ni yang nak cerita. aku terpisah dengan Oshin sebab Oshin jumpa rakan sekaum dia. huhuhu! so member dorm aku semua muka yang aku tak pernah jumpa! lol! nak kenal? ok. member2 aku adalah ;

  • Syafiqah [member kesayangan ni.] 
  • Adliena [dia ni pendiam, aku kurang kenal], (aku tak sure nama dia tu betul atau tak. hehe)
  • Mastura [adik kesayangan aku ni. sampai sekarang]
  • Laila [junior yang diam tak diam]
  • Zahrah [junior yang comel!]
lepastu solat zohor then makan, (err betul ke?) eh sebelum aku cerita apa yang jadik lepas lunch.. kitorang ni sebenarnya dibahagikan dalam beberapa kumpulan. (adat kem la weh!). so meh aku kenalkan member grup aku.
  • Syazrul [PRS celop ni. merangkap ketua kumpulan. aku adalah jugak minat dia. he he]
  • Nabiha [banyak mulut ni. kira sekepala jugak dengan aku. haha!]
  • Loo [budak cina yang kira sporting la. banyak jugak pendapat yang dia bagi bila LDK]
  • Mastura [si pendiam yang comel. tapi bila grup aku ni bersembang. baru dia bukak mulut]
  • Rabiahtul [senior yang paling aku sayang. sampai sekarang!]
  • Afif [junior aku yang pediam. geng dia Syaz je. tapi bila suruh berlakon. perghh. ikut aje]
ok. back to the stories.lepas lunch and solat, kena masuk dewan. ingatkan ada LDK kat dalam dewan. rupanya ada aktiviti luar. jyeah! suka jemah. nama game ni TREASURE HUNT. banyak la dia punya treasure. tak delah mencari harta karun sangat. sebenarnya lebih kepada aktiviti yang banyak check point. ok meh kita discover aktiviti2 ni.

1. Batang Mancis, Botol Air dan Sarang Burung 
Game ni memerlukan otak yang tak jam dan otak yang suka berfikir. [aku tak suka >.<] kena buat sarang burung guna mancis dekat mulut botol. huaaa susah! but akhirnya.. kami gagal~ hahaha!

2. Rakit Darat [nama ni aku bagi sendiri sebab aku tak ingat nama yang betul hehe]
Game ni memerlukan semangat setiakawan yang tinggi [setiakawan?] korang kena bergerak sejauh 5 meter dengan menggunakan suratkhabar. nampak senang tapi susah sebab korang satu grup kena berdiri atas suratkhabar tu dan korang tak boleh pijak tanah! untuk game ni... kitorang berjaya kalahkan grup lawan! yay!

3. Pemburu, Hakim dan Harimau
Game ni memerlukan strategi dan pemikiran yang superb. kena pandai mengagak. cara main dia sama macam 'one two som' tapi menggunakan gerak badan dan gaya.
dan game ni kitorang menang. hoyeah!

4. Botol Air, Cawan dan Tali. [nama ni pun aku bagi sendiri. haha]
game ni memerlukan kepandaian ketua memberi arahan. sebabnya kena angkat botol air yang ada air tuang dalam cawan guna tali. dan.. kami gagal. hahaha!

5. Tisu dan Bola [nama ni aku bagi sendiri. haha!]
game ni kena memerlukan fokus yang tinggi sebab korang kena pindah kan bola guna tisu yang roll tu. tak boleh pegang bola tu. perghhh sabo jelahh! game ni memang susah sebab kalau silap je tisu boleh koyak atau bola boleh jatuh. tapi sebab adelah kitorang ngelat sikit.. [sikit jee] dapat gak habiskan! BERJAYA!

okay,,, bersambung di post yang akan datang..... bye!

**TO BE CONTINUED**

No comments:

Post a Comment