Sunday 26 October 2014

Isi Hati Fafa

Assalamualaikum, Lama tak update post kan? hhmm lama. sebenarnya ada je yang nak di post tapi asyik draft sebab kekangan masa. Sorry my sweetie blog. hehe

hari ni aku ingat aku nak feeling lah. bukan feeling cintan cintun.. [serious talk]
pejam celik pejam celik... dah bulan oktober dah nak habis dah kan. apa tandanya? tandanya cuti sekolah pun dah nak dekat.

Allah! aku rasa macam baru je semalam first day 2014.

tadi aku duduk termenung, terfikir apa yang dah berlaku sepanjang 10 bulan ni. Ingatan aku terimbas waktu aku mula-mula tegur sahabat aku. Nurin Jazlina Joehan. dah setahun lebih aku tak bertegur dengan dia. atas faktor salah faham. takpelah. mungkin memang aku penyebabnya. aku dah tak nak kenang apa masalah aku dengan dia tu dulu.

moment yang indah. hati berbunga. siapa tak seronok dapat bertegur dengan sahabat yang dah setahun tak bertegur.

dah lain dah dia ni. dah tak macam dulu. sekarang lebih bergaya. lebih vogue. sedikit bangga aku dengan dia ni. kegemarannya pun dah berubah. dulu jiwanya lebih ke arah muzik dari negara seberang. kini jiwa nya lebih ke arah barat. tapi aku tak pernah ambil kira semua tu. sebab bagi aku, dia tetap dia yang dulu. yang ada prinsip. yang ada pendirian. yang akan fight hak dia.

dalam masa yang sama...
dia bergaduh dengan kawan aku jugak. Saidatul. aku tak nak fikir dan kenang apa punca masalah diorang. sebab bagi aku masalah tu bukan masalah aku. tapi masalah diorang.
jujurlah aku cakap. bila sahabat dan kawan aku bergaduh.. aku yang innocent ni pun terlibat sama. mungkin sebagai orang tengah atau orang ketiga. tapi seboleh-bolehnya aku mintak simpang lah perkara macam tu. seriau aku dengar.

tapi.. benda kalau nak jadi, jadi lah dia. aku tak tahu lah apa yang sai cakap dekat nurin sampaikan nurin jadik benci dekat aku sekarang. oh ya aku dah ingat.. nurin ingat aku fitnah dia tidur serumah dengan bf dia. nauzubillahiminzalik.. aku takde lah bodoh atau zalim nak fitnah sahabat aku macam tu sekali. tapi aku dapat tahu yang sai yang kata.

takpelah. kalau tu yang boleh buat sahabat dan kawan aku berbaik. dendam terhapus. aku redha. aku terima. biarlah aku korbankan diri dan persahabatan yang terjalin.. biar hanya aku dan Allah tahu kebenarannya.

Lagipun aku mengaku.. aku jujur. tanpa dia sebagai sahabat aku.. aku mungkin terkesan. tapi kerana manis persahabatan tu bukan di tangan kita. tapi di tangan Dia. aku yakin. Perginya nurin dari hidup aku.. Allah akan gantikan dengan yang lebih baik. ingat Allah. Allah. Allah. Serahkan semuanya kepada Allah.

....
..
.

[23 oktober 2014]
Alhamdulillah. aku baru je balik kursus jati diri prs. seronok. dapat banyak sangat ilmu baru yang insyaAllah akan aku guna. tapi apa yang paling penting. aku dapat kawan baru. bukan kawan je. tapi rakan. baik lelaki mahupun perempuan. bayangkan lah. dalam masa kurang dari 1 jam.. aku bertegur dengan hampir semua peserta dalam dewan tu. haha! pencapaian tu tau! tapi dalam banyak2 peserta tu, aku paling 'cling' dengan geng satu dorm aku lah. Syafiqah, Laila, Mastura, Zahra.. (ada  lagi sorang tapi aku tak ingat nama dia). walaupun dua hari satu malam je. tapi ukhuwah yang terikat tu ikatan nye ketat sampai ke hari ni. Alhamdulillah.

bayangkanlah. bukannya rakan rapat aku yang tahu dulu yang hati aku dicuri oleh seorang peserta waktu kat kursus tu [oppss kantoi pula. ah takpe. sekadar perkongsian] .. tapi geng satu dorm aku yang tahu dulu. he he he~

aku bukannya nak membandingkan atau memburukkan kawan2 baik aku. tapi apa yang aku rasa ni aku nak luahkan bagi tatapan pembaca, seronoknya menjalin ukhuwah. lagi-lagi ukhuwah yang dibina kerana Allah. sebenarnya.. kita tak perlu la nak cari sahabat yang berharta, yang 'gila-gila', atau yang suka bertindak tanpa dijangka. cukuplah kita cari sahabat yang boleh mengingatkan kita tentang perkara asas seperti solat atau pun mengingatkan kita untuk menjauhi perkara yang lagha. Aku cuba nak jadi rakan dan sahabat yang terbaik. tapi aku sendiri hanyalah manusia biasa. banyak khilaf. kadang-kadang berlaku salah faham. normal lah dalam persahabatan berlaku misunderstanding.

jujurlah. aku pun seorang yang gila-gila dan sangat periang. [kadang-kadang hyperactive].. dan aku pun inginkan rakan atau sahabat yang memahami aku dan sentiasa ada tak kira susah atau senang, aku pun teringin jugak nak kawan yang sidu mendengar luahan hati aku tak kala aku perlu sesorang untuk mendengar. dan kalau boleh aku nak dia rasa apa yang aku rasa. tapi sebagai manusia biasa kita tak boleh nak jadik perfect macam ni kan. yes. aku faham. aku pun cuba untuk jadi yang paling perfect untuk kawan-kawan aku. kepada sahabat yang membaca.. maafkan aku kalau aku ada mengguris hati kau dengan tutur kata aku. aku ni hanya manusia biasa.

dan kepada yang berkenaan,.. tolonglah.. hargai aku. aku dah terlalu penat untuk jaga hati kau dari dilukai atau terluka. tapi kau sendiri melukai hati aku.. mungkin kau tak sedar yang aku terluka sebab aku sedaya upaya sorok apa yang aku rasa demi menjaga hubungan kita.

akhir kalam..
bak kata Rusydee Artz
"Saat Allah masih beri waktu..
Hargai aku.."


*terima kasih sudi baca isi hati saya =)

**THE END**

No comments:

Post a Comment