Monday 27 October 2014

Keras Hati Umar Lembut Juga =)

[haish lama aku draft post ni. sungguh mendukacitakan lah aku ni..]

assalamualaikum. tadi aku terbaca satu buku. tajuknya, My Love 25 Kisah Inspirasi Diri.. dan aku berminat dengan kisah Umar Al-Khattab. serius aku memang kagum dengan Umar ni. sebab bayangkan lah daripada dia jadi 'bapak rempit', suka pancung orang, kejam.. akhirnya dapat dilembutkan hatinya dengan Al-Quran,,,

so.. .let's start our story.. cerita nya macam ni,

***

Suaranya bagai halilintar, memekik-mekik dengan nada yang menggerunkan. api kemarahannya membuak-buak. dalam suasana kelam kabut itu, Fatimah Al-Khattab cuba menyelamatkan suaminya dari dikasari. Malangnya, dia sendiri menjadi mangsa. Bayangkan, tangan Umar yang kasar itu singgah ke mukanya yang lembut. Darah merah meleleh dibibirnya. Terbit juga rasa sayu di hati Umar melihat keadaan adiknya yang menderita kesakitan.

Namun dia harus menjaga nama baiknya sebagai Pahlawan Bani Adi. Dia telah berjaya mengharumkan nama baik Bani Adi. Dia tidak mahu dicemuh oleh kaumnya, lebih-lebih lagi oleh para pembesar Quraisy. Masakan pula adiknya sendiri dibiarkan memeluk islam. Kalau benar, pasti ini akan memalukan dirinya dan kaumnya.

Tiba-tiba matanya tertumpu ke arah tangan Fatimah yang sedang memeluk helaian-helaian ayat suci al-Quran. Barangkali bacaan ayat-ayat yang didengari tadi datang dari lembaran itu. Lantas Umar tertarik untuk membacanya. Fatimah berasa ragu-ragu. Berdebar-debar. Dia bimbang jika helaian suci itu akan dikoyak-koyak oleh abangnya. Umar al-Khattab beria-ia memintanya. Malah dia berjanji akan memlulangkannya dalam keadaan yang baik. Sungguh hebat mukjizat maknawi  ini. Umar membaca satu persatu ayat dari Surah Taha. Entah mengapa hatinya terasa sangat tenang. tiba-tiba, dadanya terasa sangat sebak. Air mata mula menitis. Entah mengapa tak sabar rasa di hati untuk bertemu dengan Rasulullah.

Malam itu, mata Umar tidak mahu lena. Bau harum tubuh nabi yang didakapnya siang tadi masih-terhidu-hidu. Bukit Safa menjadi saksi pertemuan mereka. Dalam benaknya, terasa risau. Bagaimana kalau ketagihan araknya tiba-tiba menerkan setelah Islam menjadi anutan. Mampukan dia menjauhi teman-teman rapatnya seperti Abu Jahal, Abu Lahab dan Abu Sufyan?

Rupa-rupanya, kehebatan hidayah Allah mengatasi segala niat jahatnya yang mula bertunas tadi. Rasulullah s.a.w. hampir dibunuhnya kerana teringatkan hadiah lumayan yang ditawarkan oleh Abu Jahal. Jaguh tinju Bani Adi itu sudah tidak mampu lagi menahan sebaknya. Umar menangis teresak-esak sekali lagi, setelah mendengar suara lunak Rasulullah s.a.w. membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Dengan kuasa Allah, Umar Al-Khattab mengucap kalimah syahadah buat kali kedu adi hadapan Rasulullah s.a.w. Bulat sudah hatinya untuk Islam. Biar sesiapapun yang datang menghalang, biar sesiapapun yang cuba melarang termasuklah kedua-dua isterinya, Mulaikah dan Quraibah yang enggan memeluk Islam, namun Islam tetap menjadi pilihan utama, Sekeras-keras hati Umar akhirnya dapat jua dilembutkan oleh Islam.

**********

Mari kita renungkan bersama. Setiap individu ada kelebihan dan kelemahannya, dulu jahil, kini menjadi bijak. asalnya gagal kini cemerlang dalam semua perkara, pada awalnya sentiasa melakukan kesilapan, kini sentiasa berhati hati. Orang yang bijak ialah orang yang sering belajar daripada kesilapannya. Orang yang hebat sering bermuhasabah mencari jalan untuk menambah nilai dan harga dirinya,

Wajar sekali kita mencontohi sifat Umar yang sentiasa bersemangat waja.  bukan selamanya yang jahat terus bergelumang dengan dosa. mungkin yang kasar itu akan menjadi halus budi pekerti. tidak mustahil sekotor-kotor hati akan bertukar menjadi bersih, sebersih kapas yang suci. belum tentu hati yang keras akan terus membatu.  Bak air menitis ke batu, lama-kelamaan akan melekuk juga.

Allah s.w.t tidak menilai kehebatan sesorang itu dari luaran. Dia menilainya dari kerjenihan hati dan kesucian jiwa. Belajar dari kesilapan adalan sifat yang paling mulia. Semua orang pernah melakukan kesilapan. orang yang mengakui kelemahan diri lantas segera mencari jalan untuk memperbaikinya ialah orang yang berani. Jika kita tersesat di hujung jalan apa salahnya kita kembali semula ke pangkalnya.

Memang tidak mudah untuk berubah. semakin kuat rasa ingin bertaubat, semakin hebat dugaan yang melanda. 

Lembutkan hatimu. Seperti Umar. Hatinya amat keras sebenarnya. Namun apabila beliau membaca ayat-ayat Al-Quran dan memahaminya, air matanya tumpah tak semena-mena. Kita pun sama. Hati yang keras masih boleh dilembutkan asalkan kita bersedia menerima teguran dan nasihat. Al-Quran lah sebaik-baik nasihat dan teguran. Dampingilah Al-Quran, semoga ayat-ayatNya akan melapangkan hatimu iaitu kamu terbuka hati untuk menjadi muslim yang baik.


**THE END**

No comments:

Post a Comment