Monday 15 September 2014

Aku, PEPIAS & Kem Ibadah SEMEKAP

Assalamualaikum. Hi. uwaa lama seyh tak on blog. berhabuk. biasalah nak PT3.aku sebenarnya tak berapa nak sihat. demam + batuk + selsema. penangan kem ibadah la ni. haha. okay, okay! ni kalau dah post entri mesti ada cerita. opkos la ada story. it's about Kem Ibadah Form 3 SEMEKAP. baru je habis siang tadi. so nak tahu cerita tak? ok sila ambil posisi yang selesa. dan sila baca. hhaha! before that, sorry takda gambaq lagi sebab tak jumpa. segala cerita yang dicerita adalah bukan rekaan semata mata eh. cuma ditokok tambah sikit. sikeettt je. :3

2 JAM SEBELUM TIBA DI SEMEKAP

Waktu ni aku tengah excited gila sebabnya entah la. aku dah packing baju dari hari isnin. (haa nampak tak betapa semangat nya aku)
tapi hari jumaat haritu. aku tinggal nak buat persediaan yang kecik2 je mcm makanan.. yeah food. JUNK FOOD. (tak baik untuk kesihatan. jangan tiru saya. :3) aku bawak cekelat, biskut.. yes cekelat dan biskut. cekelat dua peket. biskut 12 peket. hahahaha gilaa kah.. so what?


FIRST DAY (JUMAAT)
aku sampai je dekat sekolah dia macam takde orang lah. eh ada. waktu tu ada Ari. lepastu adalah orang-orang yang aku tak pandang. haha (jahat noo)..
lepastu aku pun letak barang kat kelas. agak bangga lah sebab aku orang pertama yang jejak kelas a.k.a tempat penginapan tu. cari hot spot la citer dia. lepastu aku kena turun balik sebab ada pendaftaran. tak lama lepastu Tonah dtg ajak aku balik rumah dia sebab tudung tertinggal katanya. merempitlah kami berdua dengan baju kurung sampai ke Ampang Indah. (waktu tu aku pikir kain aku je. dah la duduk kat belakang tu ala2 romantik -_-) bila dah balik sekolah, kena pulak kumpul dekat dewan sutera. lepastu muncul kak sya. cakap tu cakap ni.. lepas tu. alaa aku tak ingat la. lepastuu... Asar berjemaah. done asar berjemaah then Abg Boy pun muncul. dia memang LAWAK. LAWAK LAWAK!
sakit perut aku je gelak-gelak. lepastu kitorang ada aktiviti sikit and then makan! kem kali ni makan dalam talam beb.. ko hado? makan pun mula-mula baca doa (itu sudah pasti), dah baca doa kena suap orang yang disebelah kanan kita. dah makan semua. jaja basuh. haha (jaja memang sepanjang masa kitorang buat jadik 'balachi' haha joking)
   lepastu solat maghrib, kultim (kuliah tiga minit) and isyak. lepastu ada LDK. yup. aku dapat sekumpulan dengan budak kelas 3G. maigsd. aku sorang je kelas C. memang tak lawak kot. eh takpe2. aku ex kelas G. tahun lepas. haha. budak2 dalam team aku ; Haris, Mirul, Azwa, Ime, Aizat, Nad, Farah, Jaz, ngan Mai. Fasi pulak mula2 start LDK1 tu, ada Abg Asrul Aiqal je. tiba-tibaaaa... dapat lagi satu fasi. akak Mawi. (don't ask me why 'Mawi').. So far dorang not bad la. kitorang start aktiviti dengan sesi kenal2. so semua kena bagitau nama, nama panggilan, kesukaan, dan apa yang tak disukai. lepastu kitorang belajar pasal apa itu taaruf, tafahum, taawun dan takaful. then, abg asrul suruh bayangkan kitorang ni pemandu bas.. lepastu Abg Asrul bagi satu soalan. pasal 'pemandu bas' dan 5 perhentian yang dia singgah berapa orang naik and turun. at the end abg aiqal tanya berapakah umur driver bas tu. ramai yang salah. tulah.. fokus. jawapan dia 15. sebabnya kitorang ni lah pemandunya... cets. rasa cam nak hentak kepala ni pun ada jugak. gapo lah tak fokus, fokus, fokus!!!! lepastu kitorang kena lukis diri kitorang and kena teka personaliti berdasarkan lukisan itu. aku dapat lukisan mirul. haha.  tak lama lepastu,LDK1 pun habis. yay! it's time for sleep dan disini semuanya bermula macam mana aku boleh dapat mata panda keesokkan harinya. budak2 bilik aku semuanya penakut belako walaupun aku dah habis baca surah Al-Mulk. habistu kau nak aku baca satu al-quran tu? akhirnya aku yang kena berjaga malam. bayangkanlah pukul 12 lebih masuk tidur then pukul 3 pagi kena bangun. so aku decided tak payah tidur. habis biskut 12 peket aku je yang makan. lepastu aku rembat tab jaja. bukak fesbuk kejap.. stalk Amar Baharin.. tweet2... dah nasib aku.. sedih gila....

sampai sini je post .. akan aku update untuk second day.... nak tidur.. penangan ubat selsema la ni..

**TO BE CONTINUED**

No comments:

Post a Comment