Tuesday 16 September 2014

Aku, #PEPIAS dan Kem Ibadah SEMEKAP part 2

Assalamualaikum. hey. ni aku nak sambung cerita ni. sorry lambat. aku ingat nak update pagi tadi. tapi aku demam lepastu ada tuisyen math pulak. ni pun still demam lagi tambah batuk selsema. mata ni macam nak tertutup je. huhuhu! baik lah cepat wahai demam!
ok ok. meh nak sambung cerita. siri kedua gituu..

SECOND DAY (SABTU)
[pukul 3 pagi hari sabtu] aku rasa macam nak mabuk pun ada. mana taknye, satu malam tak tido. pukul 3 lebih aku kejut semua orang. yelah, dorang suruh aku kejut. aku hanya menjalankan tugas. bila semua dah bangun, semua ke toilet. aku fikir aku kejut budak2 bilik aku, bilik2 lain tak bangun lagi. rupanya ada je yang dah bangun. sudahnya habis penuh toilet. sepatutnya perempuan ada 3 tandas. tapi 2 tandas tu takda lampu dan sangat sangat sangat menakutkan, jadik semua guna satu tandas je. aku ni pulak malas nak bersesak sesak. aku pun ambik keputusan untuk TIDAK mandi just spray perfume enchanteur paris dah wangi.. tapi muka ni.. dah la rupa macam anak panda. mata sembap. aku tengok muka aku kat cermin pun rasa macam nak sepak2 je. ahaha! tandas penuh, aku nak basuh muka pun tak boleh. tiba2 ada satu mentol lampu menyala kat atas kepala aku tanda idea masuk. aku pun apa lagi. ambik pencuci muka aku, air mineral, towel then aku cari spot dekat depan kelas aku tapi belakang dinding sebab takut ada mata jantina bertentangan memandang pulak. aku pun basuh muka kat situ.. ahahaha kreatif giler beb. sepanjang 4 tahun aku pergi kem, ni first time aku basuh muka dekat tempat selain bilik air. satu pencapaian (tu pun boleh dikira pencapaian? adda, kau ni gile ke sewel? -_-')
[cerita pasal basuh muka je dah panjang cenggini. memang sah keyboard warrior betul aku ni. *gelak jahat*]

tak lama lepastu, aku dengan geng2 aku turun nak pergi dewan untuk qiamulail. haa ni yang aku excited nak cerita. waktu nak solat tahajud tu, aku hampir nak tumbang sebab ngantuk gila segila gila gilanyaaa... nasib baik waktu solat hajat dengan solat witir and solat subuh ok. (tapi waktu solat hajat tu, yang time sujud panjang tu aku hampir terlelap gak. haish!) lepastu ada apa ek? alaa lupa.. yang aku ingat tak silap aku lepastu ada aktiviti luar. kitorang main game 'pintu'. game ni memerlukan kepantasan dan strategi yang berkesan supaya team perempuan boleh kalahkan team lelaki. haha!
aku rasa tangan aku ni nak patah nooo dok kena tarik dengan depa2 semua yang duk kalut. aku tau la depa tu kalut pasai depa nak menang. tapi jangan lah duk kalut sampai tarik tangan aku ni macam hang tarik tangan barbie doll (jap. aku speaking kedah? gila le ni) . huhu T_T tiba-tibaa hujan pun turun. aktiviti luar ditunda ke hari esok. jadi kitorang buat aktiviti indoor. cer teka kitorang main apa.. yeah main game 'Goreng Pisang'. agak susah sebenarnya dengan aku jadik ketua, dengan nak handle perempuan2 dengan nak dengar apa yang budak2 laki cakap. tersiksaaaaa kepala hotak! tapi sabo jelah. tu yang sekarang ni aku sakit tekak. sebab menjerit le. haha! lepastu LDK2 tak silap aku. kitorang bincang pasal potensi diri. mula-mula tu, kami kena cari something. apa-apa jelah. bab2 cari barang ni buat aku teringat waktu latihan kawad kaki daerah. kena cari batu sebab nak latih diri kunci tangan waktu kawad. so aku pun cari lah batu. lepastu fasi suruh senaraikan kelebihan yang ada dekat barang yang kita kutip tu. nak tau tak apa kelebihan yang ada dekat batu yang aku kutip tu? meh aq senaraikan,
  1. boleh buat main batu seremban
  2. boleh guna time latihan kawad
  3. boleh buat hiasan dalam kolam ikan
  4. boleh buat main sepak2 bila takda keja.
  5. buleh buat baling kat kawan time bosan kat perhimpunan
dan banyak lagi. tapi aku tak tulis kat sini sebab majoriti semuanya mengarut meraban.. lepastu kena senaraikan potensi diri sendiri pulak. parah.. aku paling lemah bila sesiapa mintak senaraikan menda2 gini.ada tiga aku senaraikan. yang common selalunya, "pandai menulis" ngan "pandai bercakap". tapi kali ni ntah gapo aku gatal tangan tambah "pandai masak" & "pandai menyanyi" semua itu hanyalah AUTA belaka. lepastu aku kena gitau potensi diri orang lain ang orang2 lain kena gitau apa potensi diri aku... aku terima semua statement dorang pasal aku. kecuali statement pasal... "sesuai jadi PENSYARAH @ GURU... eii.. tak nak ! tak nak! aku taknak!!! aku nak jadi novelis.. tak pun something yang selain lecturer atau cikguuu......... [tak nak aih citer pasal ni. tutup2!!]
lepas LDK2 ni kami kena solat dhuha apa yang best nye ialah solat kat dataran.. ko hado? =p
 lepas tu solat tu masuk dewan. lepastu tak silap aku Abg Umar @ abg garang muka tak reti senyum tu bercakap.. [haha itu persepsi waktu mula2 jumpa. hahhaa jangan marahh eaa abg umar. ;)]
aku tak ingat la dia cakap pasal apa sebab waktu tu dia marah orang yang buat salah. aku yang tak bersalah ni takde lah alert sangat dengan apa yang dia cakap. lagipun waktu tu aku tengah mabuk separuh mati sebab mengantuk gilaaa~ then lepastu minum pagi.. then lepastu (aku benci bila kena ingat balik benda yang aku dah lupa.....!!!!) lepastu aku tak ingat la apa jadik. haaa dah ingat dah. kitorang kena buat bangunan @ menara yang paling tinggi, yang paling unik.. paling lawa, paling kukuh dan ada melambangkan kumpulan~ kumpulan aku buat ala2 piramid konon2 replika sunway piramid.. nak tau tak apa kadik ngan replika tu bila dah siap? nantikan ceritanyaa sebentar lagi... okay lepastu makan malam, solat manghrib, isyak then gelak2 dengan Abg Boy. waktu tengah gelak2 tu tiba2 pintu dewan ditutup membuat kan aku keriyes (curious) tapi buat donno~ lepastu semua diminta keluar bawak sekali menara... kami pun keluar dengan penuh keriyes~ dan berkumpul di dataran ilmu SEMEKAP. lepastu rupanya ada pemilihan siapa yang menang bina menara...aku dengan Ime grup pertama yang kena bentang pasal binaan grup aq masa diberi adalah 20 saat. gerrr geram gila kat abg boy bila dia potong cakap aku yang tak habis cakap. nasib baik brutal aku tak mengganas. kang tak pasal2 mic tu yg melayang kat kepala dia.. haha (joking je. abg boy jangan marah aaa).
lepas grup aku dengan grup sape tah bentang, abg boy announce yang sesapa yang cepat ke depan, dia boleh hancurkan mana2 menara yang dia suka. ditakdirkan binaan aku yang FIRST.... sekali kena hempuk dengan adik (ifwat)..... tergamam seketika tuuu. muka aku je nampak senyum tapi..aku waktu tu macam kena renjatan elektrik. and dalam hati ini berkata 'woi.. aku penat2 roll paper tu.. kau plak suka suki je pijak. ingat tu bapak kau punya?' tapi entahla. aq rasa cam speechless. dan lepastu lebih banyak menara diruntuhkan sampai lah tinggal 4 je menara.. mic bertukar tangan. dari tangan Abg Boy, berpindah ke tangan  Abg Umar.. cuak bro tgk muka dia yang mencuka macam cuka nipah.. (cuka nipah?) lepastuuu.. kena marah lagi daa (-_-") banyak jugak yang abg umar cakap a.k.a bebelkan a.k.a ingatkan... sampaikan aku pun lupa. apa yang aku ingat is pasal menara yang dorang hancurkan tu. abg umar cakap yang sampai hati dorang sume menghancurkan apa yang dorang dah buat dengan abg2 and akak2 fasi.... tu jela kot yg aq ingat sebab waktu tu aku dah menangis sakan dekat bahu Jaja. motif? taratau..
lepastu acara yang dinanti-nantikan.. muhasabah diri.... malam tu memang ramai yang kena basuh cukup2 termasuk aku. menurut apa yang aku intaikan, adalah ramai budak2 laki yang nangis.. tapi ada je yang hati kering.. lepastu abg umar tanya beberapa soalan dalam keadaan mata kami semua ni bertutup dan we all harus wajib jawab dengan jujur. antara soalannya ialah :

  • "Siapa dekat sini bercouple?"
  • "Siapa yang merokok?"
  • "Siapa yang pernah minum arak?"
  • "Siapa yang pernah kena raba?"
  • "Siapa yang pernah terlanjur?"
  • "Siapa yang berani cakap "saya akan putus dengan pakwe/makwe saya sekarang"?"
tak silap aku nilah soalannya. kan? sorry kalau ada yg silap. ;) nak tau tak apa yang aku buat? jeng jeng jeng... nak tau kena lah tunggu post yang akan datang. kat situ nanti aku bongkarkan segalanya yeh~ back to the stories... lepas dah habis nangis2 semua. ada sesi sharing2 dengan fasi2... yeah it's the time... aku pun mula lah cerita pasal mak2 sedara aku yang bak kata mak aku, 'SAKIT JIWA'... eii seriously geram aku ngan dorang tak habis lagi tau. kalau boleh tak nak aku mengaku dia tu mak sedara aku. nama je cikgu tapi perangai tak supe cikgu (eh eh eh .. tiba2 mengutuk pulak kat sini. ehehe)..dah habis sesi sharing mengsharing tu gi kantin minum.. eii siyez waktu tu aku langsung tak de mood nak minum.. lagipun aku dah nak demam... yelah mabuk tak tidur satu malam tu belum habis lagi. tiba2 aku teringat something yang aku nak cerita tapi aku lupa nak cerita. aku pun ajaklah Kak Mawi and abg Aiqal 'lepak'.. just nak dorang dengar story aku yang tragis... urghh tragis kah? lepas dah puas gelak sana sini, cerita macam2.. ok aku nak tido. nak hilangkan mabuk.. aku masuk je bilik, first thing aku cari.. CIK TED! hilang.. adehh rupanya kena penyek ngan tonah.. ei dia ni suka suki je penyek kan cik ted aku. kau ingat cik ted tu ayam penyet ke?????lepastu ada pulak akak fasi kat sini.. waduh.. dari aku nak tido terus tak jadik tido sebab sembang... lepastu akak fasi tu yang aku lupa nama dia tu pun keluar.. ok.. Goodnight... bila aku pejam mata, berakhirlah cerita hari kedua.. 


TAMBAHAN
aku ada cerita tak pasal aktiviti kembara? tak kan? haa ni yang nak cerita. sebelum kembara ni start, setiap grup kena ikat tangan 2 orang ahli kumpulan dia. dan kena lepaskan tanpa bukak balik tali tu. lambat jugak buat menda alah ni walaupun aku dah pernah buat menda ni waktu kat RIMUP tahun lepas.. haish sungguh kuciwaa. lepas dah bebas, kitaorang kena cari checkpoint. first checkpoint pasal mancis, lepastu checkpoint kedua pasal gambar.. cakap pasal checkpoint kedua ni, sebenarnya kitorang gagal tapi x kena denda sebab kak mawi and abg aiqal tu fasi grup kitorang. tu yg dilepaskan. hahahaha....lepastu pergi kantin.. arghh kena makan asam jawa dengan garam... tersiksa jiwaa!! MASAM & MASIN!!! huhuhuhu.... lepastu kena makan tembikai.. takda rasa beb walaupun tembikai tu manis. checkpoint seterusnya kena bawak air atas kertas mahjung..perghhh kalau atas kain, sku boleh berkompromi lagi. ni atas kertas.....! erkk. at the end. kami GAGAL.. terjerit jugak. ahahah..and the laaaaaaast checkpoint yang buatkan aku rasa cam.. eiiii!!! checkpoint tutup mata. aku sebagai pemberi arahan rasa sungguh annoying. Ime sebagai org buta.. ime kena dgr arahan aku bukan anasir2 jahat yang menyesatkan.. huhuhuhu . that's all. jap lagi atau kalau ada free time, hari ketiga punya story muncul.. nantikannn..... hehehe 

this nite aa... memang buat orang menangis aaa..
abg2 and akak2 fasi pun menangis~

**TO BE CONTINUED**

No comments:

Post a Comment