Tuesday 22 April 2014

Lawak-Lawak Bodoh (siri 1)

Assalamualaikum.. Hi! Ni aq saje je nak share lawak lawak bodoh yang pernah popular kat satu blog ni.. Saje repost balik.. Agak-agak macam mengarut tu, sorry eh….

Jenis Kuih Yang Sudah Pupus Di Dunia
1.KUIH BAU LU
Kuih ini sering dihidangkan pada hari raya seperti kuih bahulu. Namun kuih ini sangat berbeza rupa bentuknya kerana ia seiras dengan bentuk ketiak dubuk. Rasanya yang masam masin membuatkan anda putih mata kerana rasanya yang tahap cilabi(cebisan daging labi-labi). Kalau rasanya dah tahap cilabi, baunya pula adalah tahap chilavert,(penjaga gol colombia) yang mana baunya akan membuatkan lubang hidung anda sebesar ekzos gen2. Kuih ini akan meninggalkan kesan bau pada mulut si pemakan kalah bau kain tungkek (kain yang sudah pupus di dunia) dan orang yang membaunya akan berkata " ini mesti bau lu, gua ada bau punya, bau lu ni.". Kepupusan kuih ini adalah disebabkan PBB telah mengharamkan pengeksportan serbuk kayu geting ke serata dunia yang menjadi salah satu bahan kuih ini.

2.MUBARAK
Sebelum murtabak dikomersialkan, mubarak lebih dahulu dikomer'SIAL'kan oleh pedagang-pedagang Portugal yang diketuai oleh Kuiz Pigo dan Pauleka. Kuih ini ditebar dihadapan orang melayu Melaka yang terpegun dengan aksi Pigo menebar kulit mubarak. Selepas dia menebar tepung seperti roti canai itu, dia pun meletakkan inti yang terdiri dari ikan yang dah 10 hari mati, janggut sotong, tapak sleman, lumut laut dan sedikit muntah hijau. Selepas itu dia pun menggoreng di atas rim tayar yang panas dan selepas siap di goreng pigo dan pauleka memakan sendiri masakan mereka itu. Lalu orang Melaka yang melihat aksi itu muntah kuning dan masuk ICU akibat kejijikan pedagang portugis. Lalu akibat malu Pigo ngan Pauleka pulang ke portugal tanpa tiada siapa pun dari Melaka menjamah kuih itu. Kepupusan kuih ini adalah disebabkan kekalahan Portugal dalam sukan bola terajang (sukan yang sudah pupus di dunia 2) kerana Pigo menghidangkan kuih mubarak kepada pemain sekaligus menyebabkan kesemua pemain terkena kencing manis tahap 9.

3. KARIBOB
Kuih ini diusahakan oleh BOB akademi fantasial sebelum adanya kuih karipap. Bob telah mengusahakan kuih ini dengan menokok tambah pada designnya, colournya dan rasanya. Untuk design kuih karibob ini dia telah membentuk dengan rekabentuk ala-ala bentuk cipanzi, kemudian kalernya pula dikalerkan dengan kaler cokelat kehitam-hitaman dan rasanya pula persis rasa najis Kongkang dan baunya pula sebijik bau mulut biawak. Kemudian BOB membungkuskannya dalam plastik Alam Flora selepas itu dijual dengan harga RM10 sekati. 15 hari selepas menjalankan perniagaannya itu, BOB dilihat telah kembali ke rahmatullah kerana mati akibat termakan kuihnya sendiri. "Saya sedih dengan kematiannya kerana kuih karibob ciptaannya memang sedap tahap lipan."Kata seorang artis amerika, Mariah Kari. Kepupusan kuih ini adalah disebabkan Mariah Kari telah menukarkan nama kuih itu ke nama Karipap sempana nama ayah Mariah iaitu encik Kari Pap Johnson.


Jenis Pakaian yang pupus di dunia
1. Kain Tungkek
Kain ni amat berlainan dengan kain songket kerana corak pada kain ini terlalu menjurus kepada simbol-simbol kesampahan dan kejijikan. Corak yang selalu disulamkan oleh perekacipta kain ini adalah seperti corak ulat-ulatan sampah-sarap, bangkai ayam, kotoran hidung, cecair yang keluar dari mulut kambing dan simbol-simbol setan. Disebabkan corak-corak tersebutlah kain ini akan mengeluarkan bau-bauan yang sangat bangsat baunya. Bau tersebut dikenali sebagai bau tungkek. Bertepatan dengan namanya kain tungkek, kain ini pupus disebabkan oleh jangkitan tungkek yang melanda pada pemakainya. Yang pasti bau sampah-sarap yang melanda adalah sabab-musabab ketungketan kain ini.

2. Baju Kekerusi
Seperti Baju Kemeja yang menjadi gaya hidup ofis pada masa kini, baju kekerusi pula adalah uniform rasmi atlit angkat berat Papua New Guinea. Baju ini direka khas untuk melatih bahu peserta angkat berat supaya tangan mereka lebih berstamina. Baju ini akan disulamkan dengan kaki kerusi di bahagian tangannya, tempat sandar di bahagian bahunya dan tempat duduk dibahagian perut. Namun fesyen ini membawa masalah kerana setiap kali dimana mereka berada, orang ramai pasti menyangka mereka adalah kerusi otomatik yang berjalan-jalan. Orang ramai akan megejar meraka untuk dibuat alas punggung ketika orang ramai berehat di taman. Kepupusan baju ini adalah disebabkan ramai atlit angkat berat tersebut mati kerana diduduki oleh para juri angkat berat.

3. Baju T-Shit
Baju T-Shit adalah modus operandi kepada baju t-shirt yang ada pada hari ini. Baju t-shit selalunya digunakan pada majlis keramaian seperti majlis kahwin-kahwin, majlis penyampaian hadiah dan majlis daerah ulu klang. Pemakai baju ini akan merasakan diri mereka tersangat riak tahap mentibang kerana bau-bauan yang hadir dari baju tersebut. Ini kerana semasa pemakai melalui di celah-celah orang ramai, orang ramai akan memberi laluan kepadanya dan menunduk sambil menutup hidung. Pada sangkaan si pemakai bahawasanya orang ramai sangat hormat padanya kerana pakaiannya. Padahal orang ramai menahan daripada nak muntah kerana bau taik yang amat dasyat tahap maharaja. Kepupusan baju ini adalah kerana sabun telah tercipta untuk mencuci pakaian jiran-jiran.

4. Spender Jeans
Kalau seluar jeans sudah ketat ya amat, apatah pula dengan spender jeans. Spender ini amat ketat-seketatnya sehingga tiada ruang untuk angin masuk. Spender ini tidak sesuai untuk lelaki dan perempuan tetapi ia hanya direkacipta dan sangat sesuai untuk superman sahaja. Tujuan superman memakai spender ini adalah kerana ia boleh menekan perut dan menekan di celah kangkang. Oleh itu semasa superman terbang, takdela nampak sangat 'adiknya' melanjut. Spender jeans ini sangat mahal harganya. Sebab itulah superman pakai spender kat luar sebab nak tunjuk spender dia tu mahal. Namun sudah ada superhero yang mampu memakai spender seperti superman tersebut iaitu spederman. Kepupusan spender ini adalah disebabkan...mana ada superman kat dunia ni, karut suma tu.


Sukan Yang Sudah Pupus Di Dunia 2
RENANG BERIRAMA DANGDUT RAGGAE
Tidak jauh bezanya dengan renang berirama yang dipertandingkan pada masa kini namun irama dangdut raggae yang dipermainkan pada masa kejohanan ini membuatkan banyak peserta mengalami sakit-sakit sendi. Peserta perlu menyelam ke dasar kolam dengan gaya kepala ke bawah air dan punggung timbul di atas air kemudian menggoyang-goyangkan punggung persis penari dangdut. Peserta yang 'vibrating'nya paling lama dianggap pemenang. Kepupusan sukan ini adalah kerana kesemua pesertanya adalah LELAKI...wueekkk...nak muntah.

BOLA TERAJANG-
Memang tidak dinafikan sukan bolaterajang adalah sepopular bolasepak pada masakini. Sukan ini memerlukan padang sebesar KLIA dan pesertanya pula seramai 2000 orang. Terdapat 80 tiang gol serta penjaga golnya sekali. Apabila bola dibaling masuk oleh pengadil, kesemua peserta hendaklah terajang apa sahaja didepan mereka tetapi tidak boleh langsung menerajang bola tersebut. Sesiapa yang kakinya terterajang bola tersebut maka mereka akan diberikan kad merah. Ini akan membuatkan peserta mengamuk dan menerajang diri mereka sendiri dan sanak saudara mereka. Kepupusan sukan ini adalah disebabkan diharamkan oleh FIFA kerana presiden FIFA pada masa itu pernah kene terajang oleh tukang kebunnya kerana beliau tidak membeli rokok yang dipesan.

BOLA TELANJANG

Jangan salah faham! Bola telanjang sangat berbeza dengan bola keranjang yang dipertandingkan pada hari ini. Walau namanya sedikit lucah namun sebenarnya yang telajang hanyalah bola tersebut bukan pesertanya. Sukan ini dipertandingkan dengan cara peserta hendaklah mengupas bola tersebut seperti mengupas buah limau. Bola hendaklah dikupas sehingga telanjang. Namun selepas dikupas bola tersebut akan pecah dan kehilangan angin. Ini menyebabkan peserta hilang akal dan batuk-batuk akibat keresahan pada diri mereka. Kepupusan sukan ini adalah disebabkan...disebabkan...hmmm...apa gua mau kelentong lagi aaaa?? Lu olang pikir sendili la apa pasat dia punya kepupusan.

lawak?? haha lawakk kan? tak lawak?? so what? 



**TO BE CONTINUED**

No comments:

Post a Comment