Tuesday 22 April 2014

Antara Amanah Dan Larangan

Assalamualaikum. Hi!

Today, aq nak cerita pasal hukum berpasangan dalam islam.. So petikan ini aq ambil dari novel tarbiyah "Single Unavailable" karya Nurina ape ntah.. Lupa nama dia!!

Mencari istilah kekasih di kitab fiqah mana pun atau di semua ilmu tasawwuf tidak akan ditemui. Yang haram tidak ada, yang halal juga tidak ada.

Jika dua insan itu bercinta kerana ingin mengenal satu sama lain, saling memahami, sekadar untuk bersuka ria, mengekspresikan kasih sayang, ada teman yang boleh dibawa kemana mana, bergurau kosong dan sering menelefon lazimnya akan diakhiri dengan kemaksiatan yang lebih besar. Semua perkara tersebut langsung tidak membawa manfaat malah hanya menjerumuskan remaja ke arah kemaksiatan. Dan sudah saja hukumnya haram.

Pendekatan kepada zina sahaja sudah dilarang lagikan apabila dilakukan. Seringkali remaja ataupun mana-mana pasangan yang berkasih akan menggunakan alasan bahawa mereka bercinta kerana Allah. Yang dimaksudkan dengan bercinta kerana Allah adalah cinta yang mengandungi tiga unsur.

Yang pertama, mencintai seseorang ikhlas kerana Allah tanpa ada apa-apa kepentingan. Bukannya sekadar bercinta sahaja. Seterusnya mencintai seseorang itu tidak melebihi cintanya kepanda Allah, Rasul dan ibu bapa. Cinta yang melebihi mereka ini adalah sangat keterlaluan dan jelaslah bukannya cinta sejati. Dan yang terakhir ialah tidak melakukan perkara-perkara yang bercanggah dengan syarak.

Pada zaman yang dilingkari arus kemodenisasian ini, sekiranya ditanya antara belajar dan bercinta mana lebih baik. Mungkin ada yang jawab kedua-duanya. Mungkin sahaja ada yang menjawab bercinta itu lebih baik. Kita harus dapat membezakan antara amanah dan larangan.
Belajar itu adalah amanah. Amanah ibu bapa kepada kita. Sekiranya kita kesekolah untuk bercinta, bererti kita telah menderhakai ibu bapa kita. Bercinta dalam melakukan amanah ini bererti suatu larangan. Larangan yang menjadikan sesiapa yang senang meninggalkan senang. Senang kerana barjaya memikul amanah dan meninggalkan larangan..

Oleh sebab itulah remaja kini sering tersepit dalam 2 krisis iaitu harus memilih amanah atau larangan. Mungkin ada yang sambil menyelam minum air, kerana mereka tidak tahu bertapa berharganya amanah yang dikurangkan. Bukankah Allah murka dengan orang yang pecah amanah?



renung2 kan.. dan selamat beramal..
Credit to : Novel Tarbiyah "Single Unavailable"


**THE END**

No comments:

Post a Comment