Tuesday 22 April 2014

Lawak Bodoh (siri 2)

Assalamualaikum.. hi! ni just sambungan untuk post aq yg sebelum ni... tak suka? do i care??

Sukan Yang Sudah Pupus Di Dunia
LARI 100KM BERPAGAR-
Corak pertandingannya sama dengan lari 100 meter berpagar. Sukan ini dahulunya amat popular di Uganda dan pernah dipertandingkan dalam Olimpik 1821 di Guantong, China. Kepupusan sukan ini adalah kerana peserta yang memasuki sukan ini akan mati pucuk serta mengalami osteoporosis kerana kerap melompat pagar setiap 10 meter. Sejarah mencatatkan tiada pemenang dalam pertandingan ini kerana baru nak masuk 1 km je banyak yang muntah darah dan terberak-berak.

REJAM LEMBU
Berlainan dengan sukan merejam lembing sekarang ini, merejam lembu lebih famous pada masa dahulu kerana banyak kenduri-kenduri kahwin memerlukan lembu untuk dibuat gulai. Peserta akan menarik tali di lubang hidung lembu dan membuat balik kuang untuk membaling lembu tersebut ke rumah yang melangsungkan kenduri. Secara otomatik lembu itu akan terhempas dan hancur kemudian terus dibuat gulai. Kepupusan sukan ini adalah kerana kehadiran Islam dan lembu itu hendaklah disembelih.

LOMPAT KAJANG
Sekiranya Lompat Kijang memerlukan lompatan yang ke atas pasir, Lompat Kajang pula memerlukan peserta melompat sampai ke Kajang, Selangor sambil membacakan pantun 'Kajang Pak Malau, Kajang Belikat'. Kemudian apabila sampai di Kajang perlulah pula peserta membeli Satey Kajang dan makan dengan lidi-lidinya sekali. Kepupusan sukan ini adalah disebabkan pada waktu itu kedai sate Hj Sahmuri masih belum dibuka.

BOLA TEMPELENG
Sukan ini amat berlainan dengan Bola Tampar kerana permainan ini memerlukan pemain menempeleng muka pengadil sambil menyanyikan lagu negaraku. Sukan ini pupus kerana sesiapa yang jadi pengadil pada perlawanan ini akan mengalami sakit untut berpanjangan akibat dari tempelengan para pemain.


hey heyy... aq paling suka lawak ni sebab dia memang lawak dan terjadik dalam hidup aq... so bagi yg masih mengamalkan sikap sebegini.. korang memang SAKAI!! hagagaga

FAQ ( Soalan Yang Kerap di Tanya )

* Anda berader di stesen bas dan rakan anda ternampak sambil bertanya:
"Tunggu bas ke?"
Anda harus menjawab: "Taklah aku tengah tunggu
helikopter, lambat plak ari nie ye"

* Anda hendak pergi ke bilik mandi untuk mandi dan rakan sebilik anda bertanya:
"Ko nak mandi ke?"
Anda harus menjawab : "Taklah aku nak pi main lelayang
kejap, ko nak join?"

* Anda sedang menulis surat dan rakan anda menegur:
"Aik? tulis surat nampak?"
Anda harus menjawab : "Oh ye ke? aku tak prasan ah...tangan
aku bergerak sendiri"

* Anda sedang makan nasik dan orang tegur:
"Makan nasik?"
Anda harus menjawab : " Mata ko buta ke per? Kan aku
tengah minum teh ais nie?"

* Anda baru pulang dari kerja dan jiran anda bertanyer:
"Baru balik dari keje?"
Anda harus menjawab: "Taklah, saya dari rumah, nak pi
keje lah nie...opis saya dah pindah kat
rumah..dan rumah saya dah pindah kat opis"

* Anda sedang sibuk buat kerja dan rakan sepejabat menegur:
"Eh kau sibuk ke?"
Anda harus menjawab : Takyah jawab, peratikan muker dia
pastu kompang siket pipi dia.

* Anda sedang menonton tv ceriter melayu, rakan anda datang lalu bertanyer:
"Eh citer melayu ke?"
Anda harus menjawab : "Bukanlah, nie kan citer Otromen Taro
menentang Raksaser dari Planet X...ko

tunggu jap nanti otromen kuar". 

suka?? kalau suka follow blog aq eh.. syg korang... ☺♥♥♥

**THE END**

No comments:

Post a Comment