Tuesday 22 April 2014

al-Amru Bil Ma’aruf Wan Nahyu ‘anil Munkar

Assalamualaikum and Hi!!
aq nak bawak korang merenung seketika untaian kata yang biasa kita dengar, iaitu “amal makruf, nahi mungkar”.
Biasa dengar kan? Malah ada je yg biasa juga menuturkannya. Pasti, aq mengandaikan, ramai yang faham akan maksud bait-bait tersebut, mengamalkan kebaikan, dan menjauhi kemungkaran, bersesuaian dengan antara dalil naqli.

Hendaklah terdapat antara kamu segolongan yang menyeru dengan kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran. Itulah golongan yang berjaya.”
(Surah Ali-Imran, ayat 104)

Aq pasti, dalam Islam, amal makruf nahi mungkar ini tidak khusus hanya kepada sesuatu pihak. Cuba baca beberapa contoh artikel berkaitan dengan amal makruf nahi mungkar ini, dan aq ygkin, tiada dalil yang mengatakan amal makruf ini hanya kepada sesuatu pihak sahaja.
Akan tetapi, apa yang dapat ramai daripada kita lihat hari ini, amal makruf nahi mungkar itu seolah terpilih dan hanya tertumpu kepada sesuatu pihak sahaja.
Amal makruf nahil mungkar ini sesungguhnya tidak terhad hanya kepada satu-satu pihak. Islam mengajar kita untuk adil. Bersikap adillah kita. Janganlah kita ambil sebahagian, dan membuangkan sebahagian.
Sekali lagi, aq nak pesan pada diri sendiri dan korang reader-reader yang dikasihi, bersikap adillah dalam mengamalkan amal makruf nahi mungkar. Lebihkanlah amal makruf daripada asyik nak dedahkan buruk orang atas nama nahi mungkar (tapi mungkar rakan-rakan sendiri, diam buat tidak tahu).

al-Amru Bil Maaruf TIDAKLAH BOLEH DIPISAHKAN daripada an-Nahyu anil Munkar , kerana kedua-duanya adalah ibarat aur dengan tebing dan isi dengan kuku .
Kedua-duanya adalah teras kepada agama Islam dan seluruh ibadat ini adalah berpaksi kepadanya . Jika bumi tanpa paksi ( kutub utara dan selatan ) akan menyebabkan hancur-berkecainya ia , maka tanpa al-Amru Bil Ma’aruf Wan Nahyu ‘Anil Munkar akan menyebabkan kekuatan dan keagungan agama ini hancur berkecai .
Walaupun ia tidak termaktub sebagai RUKUN ISLAM tapi kewajipan melaksanakannya TIDAKLAH BOLEH DISIA-SIAKAN , APATAH LAGI DIPERTIKAIKAN . Samalah juga dengan kewajipan menegakkan Negara Islam , kewajipan berjihad , kewajipan menutup aurat , kewajipan belajar dan sebagainya , walaupun itu semua tidaklah termasuk di dalam Rukun Islam , akan tetapi semuanya itu adalah WAJIB dilaksanakannya .
Kewajipan menegakkan al-Amru Bil Maaruf Wan Nahyu anil Munkar adalah satu perkara yang WAJIB SECARA QOTH’IE ( MUKTAMAD ) berdasarkan al-Quranul Karim , as-Sunnah dan Ijma’ Ummat .

Di antara dalil-dalilnya ialah :

Dan hendaklah ada di kalangan kamu satu umat yang menyeru kepada kebajikan dan mencegah kemungkaran , dan mereka itulah orang-orang yang berjaya ”
~ Surah Ali ‘Imran , ayat 104 .

Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk manusia,
(dengan syarat ) kamu melaksanakan kebajikan dan mencegah juga kemungkaran serta beriman dengan Allah . Jika golongan Ahlul Kitab itu beriman , pastilah itu lebih baik bagi mereka . Di kalangan mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka adalah orang – orang yang fasiq ” ~ Surah Ali ‘Imran , ayat 110 .

Golongan lelaki dan perempuan yang munafiq itu , sebahagan mereka sama sahaja di antara sebahagian mereka yang lain . Mereka itu adalah golongan yang menyuruh melakukan kemungkaran dan mencegah kebajikan itu dilaksanakan , dan mereka pula kedekut untuk membelanjakan nafkah pada jalan ketaatan . Mereka lupa akan Allah , maka Allah juga lupa akan mereka ( tidak memberi rahmat kepada mereka ) . Sesungguhnya golongan munafiq itu adalah orang-orang yang fasiq ( melampaui batas ) ”
~ Surah at-Taubah , ayat 67 .

Dan golongan lelaki dan perempuan yang beriman , sebahagian daripada mereka adalah pembantu-pembantu bagi sebahagian lain . Mereka itu adalah golongan yang melaksanakan kebajikan dan mencegah kemungkaran dan mereka juga adalah golongan yang mendirikan sembahyang , mengeluarkan zakat dan taat kepada Allah dan rasul-Nya . Mereka itulah orang-orang yang akan dirahmati Allah . Sesungguhnya Allah Amat Gagah Lagi Amat Bijaksana ”
~ Surah at-Taubah , ayat 71 .

Semoga celoteh kali ini memberi manfaat kepada semua.
Wallahualam


**THE END**

No comments:

Post a Comment