Friday 11 December 2020

Ini Kursus Saya: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Gunaan (Bahasa Melayu Komunikasi Profesional) UiTM

 Whoa... aku rasa dah boleh masuk record ni title paling panjang dalam blog aku... hahaahah.


eh Assalamualaikum adik adik. hehe


Macam yang korang boleh tengok, tajuk panjang berjela tu... yep.. hari ni sis akan kongsi tentang satu kursus pengajian di UiTM. Kursus ni di bawah fakulti Akademi Pengajian Bahasa (APB) iaitu LG241 (formerly known as LG221) iaitu Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Gunaan (Bahasa Melayu Komunikasi Profesional).. tapi kalau sis, sis panggil bahasa melayu komunikasi profesional je. panjang sangat ler nama penuhnya tu.

Sebelum tu, kalau adik-adik datang sini lepas lulus temuduga, sis nak ucapkan tahniah dan selamat datang ke Akademi Pengajian Bahasa UiTM dan kalau adik adik datang sini untuk tinjau-tinjau dulu atau survey-survey, silakan. Semoga kursus ini menarik minat adik adik ya. hehe.

Jadi, kursus LG241 ni berkaitan apa?

Kursus ni memfokuskan bahasa, linguistik dan komunikasi. Dalam kursus ini korang akan belajar tentang tatabahasa, budaya, terjemahan, protokol serta subjek-subjek komunikasi seperti perucapan, penghujahan dan perundingan. Korang juga akan didedahkan dengan subjek-subjek linguistik seperti Sosiolinguistik, Semantik, Pragmatik, Linguistik Am dan sebagainya.Yang seronoknya,kursus ni dalam bahasa melayu sepenuhnya kecuali ada beberapa subjek seperti English for Oral Presentation, English For Business Correspondence, dll. Jadi tak ada alasan nak kata susah nak tangkap apa lecturer cakap. (Melainkan kalau ada istilah-istilah khusus tu yela pening jugak. hahaha)

Selain tu, semua pelajar juga perlu mengambil subjek bahasa ketiga seperti Bahasa Arab, Bahasa Mandarin, Bahasa Jepun, Bahasa Jerman, dll.

Kursus ni juga merupakan kursus bertemuduga. jadi sebelum diterima masuk kena lalui temuduga dulu. Kisah temuduga sis boleh dibaca di SINI

Subjek apa yang ada dalam kursus ni?

Subjek dalam kursus ni antaranya, Tatabahasa Melayu, Penulisan Akademik, Linguistik Am, Budaya & Kosmologi Melayu, Sosiolingustik Melayu, Bahasa & Media Interaktif, Bahasa Melayu Khusus, Analisis Kontrastif, Protokol & Etika Sosial, Terjemahan, Analisis Wacana Ketrampilan Perucapan, Semantik, Pragmatik, Penyuntingan, Korpus dan Fonetik. Siapa yang daripada lepasan STPM boleh lah tarik nafas lega sedikit sebab apa yang korang belajar di tingkatan 6 korang akan jumpa kembali dalam kusus ni contohnya dalam subjek tatabahasa.

Subjek-subjek ni sis tak boleh nak bagitahu secara detail setiap semester korang akan jumpa subjek apa sebab bermula sesi Mac 2020 , sis dapat tahu yang pelajar semester satu ada yang dah ambil bahasa ketiga. tak macam sis yang ambil bahasa ketiga masa semester 2. So probably dah ada perubahan dari segi subjek setiap semester. Apa yang boleh sis kongsi, masa sis semester 1 dulu, subjek yang sis ambil Tatabahasa Melayu, Penulisan Akademik, Linguistik Am, Budaya & Kosmologi Melayu, Protokol & Etika Sosial. Semester 2 pula heavy sikit dengan Sosiolinguistik, Bahasa & Media Interaktif, Analisis Kontrastif. Untuk semester 3, sem yang sis tengah hadap ni pula ada subjek Fonetik & Fonologi, Pembangunan Media Interaktif (Kesinambungan Media Sem 2), Ketrampilan Perucapan, Terjemahan, Analisis Wacana. Okay, takat ni je sebab sis baru semester 3. hahaha

Kursus ni senang ke susah?

Hm, macam mana nak cakap eh.... Dia depends pada tahap kecekapan korang untuk faham subjek tu. Bagi sis, ada yang senang.. dan ada yang susah. ada yang kita rasa santai bila belajar... ada yang kita rasa tertekan bila belajar. Alaa, mana ada benda yang senang dalam dunia ni. 

Lepasan Kursus ni boleh kerja apa?

Peluang pekerjaan ni sebenarnya bergantung kepada rezeki kita lah kan? Kursus ini sebenarnya lebih memberi penekanan kepada korang untuk jadi seorang editor, pensyarah, penterjemah, perancang bahasa dan sebagainya. Korang nak jadi cikgu pun boleh. Tapi cikgu di sekolah swasta ataupun cikgu MRSM lah sebab untuk jadi cikgu di sekolah milik kerajaan kena ada Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) yang boleh juga korang ambil lepas tamat pengajian kalau korang nak juga mengajar di sekolah milik kerajaan.

Korang kena yakin dan jangan sempitkan fikiran seperti "belajar bahasa, kerja pun kena bahasa". walaupun kursus ni berkaitan bahasa melayu, tapi kursus ni juga ada komunikasi profesional. Jadi korang juga boleh jadi pegawai perhubungan, pembaca berita pun boleh tau.Tapi apa apa pun, yang penting, kemahiran berkomunikasi tu harus mantap. barulah orang tertarik nak ambil kita bekerja.

Oh ya, ini adalah prospek pekerjaan yang sis dapat dalam laman web Akademi Pengajian Bahasa UiTM.

Bidang kerjaya yang boleh diceburi oleh graduan adalah seperti berikut :

Agensi Kerajaan dan Swasta
Penerbitan Khusus Bidang
Pengurusan dan Pentadbiran
Perhubungan Antarabangsa / Diplomatik
Perhubungan Korporat
Perhubungan Awam
Pemasaran
Media (Radio / TV)
Periklanan
Kewartawanan
Pengurusan Sumber Manusia
Pelancongan, Perkhidmatan & Khidmat Rekreasi


Apa persediaan untuk menjadi pelajar LG241?

Hm, sediakan hati yang ikhlas belajar (ecewah)... hahaha... Dari segi rohani, siapkan lah mental supaya kita tak hilang fokus walaupun baru awal semester dan kekalkan fokus itu sampai akhir semester. Dari segi fizikal, sediakanlah kelengkapan yang sesuai. Kalau dalam kursus LG241 ni, siapkan sebuah laptop yang sesuai untuk semua kegunaan seperti menaip dokumen, edit video atau gambar dan lain lain fitur tambahan sebabnya dalam subjek media nanti ada buat video dan reka logo, modul, poster dan sebagainya.

untuk buku pula, sis cuma mencadangkan sediakan satu buku tatabahasa dewan. yang lain-lain ikut pensyarah masing masing.

Okay itu sahaja perkongsian daripada sis.. semoga membantu. kalau ada soalan ke apa ke, boleh DM sis dekat media sosial bawah ni:

Instagram: nfafajay
Facebook: Nur Fahada
Telegram: @nfafajay

xoxo, FJ

10 comments:

  1. assalamualaikum sis nk tanya, course ni ada tak mcm kena bersyair ke berpantun ke bersajak ke? sbb sy dapat course ni dan kalau ada la benda yg sy nyatakan tadi, sy rasa sy takboleh sbb sy ada anxiety terukkk😭😭😭aduh susah hati fikir

    ReplyDelete
    Replies
    1. sajak syair itu kos sastera melayu. kos ni tak perlu pantun semua tu

      Delete
  2. Replies
    1. Boleh saya tahu tak, apa yang panel interview akan suruh kita bentang?

      Delete
  3. boleh share macam mana temuduga untuk kos ni

    ReplyDelete
  4. nak tanya kampus akademik bahasa ni dekat mana eh? lepas tahun pertama kena menyewa dekat luar ke masih boleh duduk kolej?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kampus akademi ni dekat bangunan korea yang sebelah pagar masuk uitm yang belah seksyen 7. Kalau kelas biasanya dibuat di Kolej Kenanga 2. Tahun pertama biasanya sem 1 dapat masuk kolej, kalau sem 2 tak pasti.

      Delete
  5. Hi akak terima kasih sudi berkongsi tentang kos ni, kalau akak tak keberatan boleh saya tahu sewaktu akak dapat kos ni soalan macam mana yang dianjurkan ? Dan bagi akak kos ni payah tak? Saya dapat iv kos ni 10/6. Kalau akak ada apa2 tips boleh share hehe🥰😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak saya pun dapat juga 😭 jom kita berkawan sementara tunggu hari interview hahahaha ig saya mey.xiaoo

      Delete
  6. Assalamualaikum sis, Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Gunaan (Bahasa Inggeris Komunikasi Profesional) UiTM sama je kan dengan Bahasa Melayu? Cuma bezanya belajar grammar English macam tu kan sis?

    ReplyDelete