Assalamualaikum hey guys!
Kembali lagi dalam entri terbaru sis. Maklum lah, sejak study from home ni memang banyak lah jugak masa nak buat kerja lain. (practice piano je tak sempat sebab busy). So, hari ni sis nak cerita pengalaman jadi student UiTM yang duduk dekat kolej (hostel) dan duduk di luar kampus (Non Residen atau NR)
Effjay Being Budak Kolej
Jadi apa yang ramai tahu, setiap pelajar kemasukan baharu (semester 1) wajib duduk kolej walaupun rumah sejengkal je dari kampus. Masa zaman sis masuk last year, penempatan di kolej ikut fakulti.Macam sis duduk dekat Kolej Mawar (yang dikatakan berhantu tapi tak tau lah sebab tak pernah jumpa hantunya.)
Memandangkan sis ada satu semester je pengalaman duduk dekat kolej, jadi of course lah sis nak kata Kolej Mawar best. Apa yang best? Pengurusan. Boleh dikatakan pengurusan Kolej Mawar dikira tip top lah. Macam kalau buat aduan ke cepat je diorang ambil tindakan (Biasanya masalah yang kitorang hadap dulu masalah pintu, lampu dan lain-lain masalah teknikal). Aktiviti kolej pun boleh tahan menarik jugak. Kalau macam zaman sis dulu, boleh dikatakan setiap bulan ada je aktiviti dekat dewan tu. tak kisah lah ceramah ke, forum ke apa ke.. atau pun ada jualan foodtruck. ni paling best lah. Tapi tulah setiap kali jualan benda nya sama je.. Mango Shake, Nasi ayam goreng kunyit.. and favourite sis Hazelnut Iced Blended... sedapnyaaaaaaa....
Not forgeting masa musim konvokesyen UiTM, dekat kolej Mawar ni selalu jadi tumpuan aktiviti. Last year ada konsert PesKo (Pesta Konvo). dapat lah sis jumpa Najwa Latif yang sis minat since sekolah rendah dulu. huhuhuhu
Sis pun sempatlah merasa join aktiviti kolej pergi Kelantan untuk program volunteering. Haa ni actually tips untuk korang yang minat leadership.. boleh start asah skill leadership korang dengan join sekretariat kolej atau jawatankuasa perwakilan kolej (JPK). Kelebihan dia... confirm dapat duduk kolej setiap semester selagi korang berbakti sebagai Seki dan JPK. hahaha Sis dulu malas nak ada komitmen. sekali terus kena tendang kolej sebab kupon tak cukup. (Kupon ni macam token. lagi tinggi jumlah kupon korang, makin tinggi lah korang punya peluang nak duduk kolej untuk semester depan)
Yang penting bila duduk kolej ni senang nak kumpul buat discussion atau pun lagi tepat, lepak sambil siapkan assignment. Ahhh bila cakap pasal lepak ni... sumpah rindu nak lepak dekat Dataran Cendekia.. Dataran ni also known as DC atau Dataran Cinta sebab dia ni macam centre. Most of student tak kira lelaki ke perempuan akan lepak dekat sini since DC dekat dengan Fac Engine, Kolej2 lelaki (teratai, delima) and paling dekat dengan kolej Mawar. I think ni jela pengalaman jadi budak kolej. hahahaha.
Effjay Being Budak NR
Okay, bila masuk semester 2 mula mula tu sis tak dapat kolej. So sis terus cari rumah sewa and at the same time apply for rayuan. Alhamdulillah dapatlah rumah sewa dekat Apartment Baiduri. Sebenarnya banyak choice.. tapi ni je yang menepati kriteria murah, dekat, selamat. First time masa tengok rumah tu macam omagash... sebab one of my housemate, Kak Zue nak pindah dah.. So memang penuh barang. hahaha. Bila dah duduk tu... somehow sis rasa sumpah selesa. like eventho rumah tu takdelah perfect mana tapi rumah tu buat sis rasa macam rumah. bukan hostel. plus, my housemates semua student unisel. Jadi, bila balik daripada kelas je, terasa keluar dari dunia uitm kejap. hahahaha.
So Sepanjang 3 bulan lebih hidup menyewa dekat luar ni (sebab lepastu pkp. kelas pun 3 minggu je haha. then stuck sebab tak boleh rentas negeri), to be honest sis lebih relax. Walaupun ada satu masa tu tak ada duit, tapi takde lah teruk macam dekat kolej dulu sampai tak cukup makan. As long as ada beras dekat rumah, macam-macam resepi boleh create.
Apa yang seronok duduk luar ni, of course lah dah tak ada curfew. boleh keluar masuk rumah sesuka hati. tak perlu takut guard kunci gate. plus, sis jadi more independent. Beli barang dapur, keluar shopping, jalan-jalan semua sendiri. And yang paling best, sis belajar naik bas Smart Selangor laluan lain pula. selalu sis naik SA04, sekarang sis naik SA01 yang selalunya akan stop dekat area KTM Shah Alam.
Tempat lepak pula, kalau dulu i-City, masa jadi budak NR, port lepak sis banyak dekat medan selera Seksyen 2, PKNS, Plaza Alam Sentral, SACC daaaaannnnnn CHECKERS!!!! OMG, sis dah jadi mak mak dah ni suka lepak cari barang dapur.
Tapi masa PKP and puasa, benda paling best bila berbuka dengan jiran-jiran lah. yep, sis kenal jiran sebelah masa PKP sebab group yang uitm form untuk budak NR. dengan jiran ni lah sis pergi ambil bantuan, makanan yang uitm bagi. kalau tak berlagak kemahen sis masak sendiri. haahahah.
So far tu jela pengalaman sis as budak first year yang duduk kolej and menyewa dekat luar. Next semester insyaAllah kalau tak ada apa-apa sis still akan pilih untuk menyewa dekat luar. hehe.
Yang penting, jaga diri semua. Dekat luar ni, kita tak ada pantauan daripada sesiapa. housemate tak kisah pun kita nak balik pukul berapa. Tapi kita lah kena set curfew untuk diri kita sendiri.
xoxo, Effjay.
No comments:
Post a Comment