Wednesday 22 July 2020

First Year of My Degree Journey! [Completed!]

Assalamualaikum guys! ahhhh finally sis dah completed first year degree. 2 years to go.

so far, setahun di alam universiti ni sangat lah mencabar. dari segi habluminallah (ecewah) dan habluminannas serta kewangan.

Kawan-kawan okay lah. I'm still the old me. Jenis susah nak terima orang baru.. nak serasi tu susah wei.
ini jelah masalah paling besar aku yang buatkan aku ended up tak ada kawan. hahaahhaahhaha

actually ada je tapi kalau kawan rapat, baik susah senang sama-sama tu macam tipis gila nak jumpa..

hm.. kalau pasal hati dan perasaan pulak, crush tu ada lah. dengan kelas sebelah. dia....

eh sibuk je nak tahu. hahaha

tapi yang penting bagi FJ, relationship masa study ni sumpah mengarut. hahahahaha.. jadi FJ nak focus study dan berfoya-foya (gittewwww)

bab kewangan pulak, tipulah tak pernah jatuh miskin dek kebodohan diri sendiri yang tamak dan ikutkan kata hati.
Tapi sejak masuk semester dua dan duduk rumah sewa, sis rasa lagi jimat sebab masak semua sendiri.. lapar2 boleh masak walaupun setakat nasi, telur dan kicap.

(cubalah cerita pengalaman paling syok?)

pengalaman paling best is bila aku pandai naik public transport... sorang.
yep, Bas smart selangor tu aku sampai dah hafal dari SA01 sampai SA04. merayau tu lagilah entah berapa puluh kali. Train pun sama, dari naik KTM sampai LRT hinggalah MRT rilek jurrr... semua sendiri.

pernah ada sekali tu, pesta buku selangor dekat SACC Convex... Aku jadi personal shopper.. ada lah 3 hari berturut aku ulang alik pergi sana naik bas sendiri. penat tu memang lah penat. habis ke kelas, tunggu bas uitm, stop dekat baiduri, tukar bas naik SA01, then stop dekat dataran MBSA melintas pergi SACC Convex. tapi untunglaaaaaa hehe.

So in conclusion, tahun pertama degree ni banyak ajar aku cara nak be independent. sebab, ada masanya nanti kita kena buat semua sendiri.

jadi, yeah. this is my first year experience.

insyaAllah semoga tahun kedua dan seterusnya jadi lebih baik buat FJ. hehe.

xoxo, FJ.

No comments:

Post a Comment