macam mana Ramadhan korang tahun ni? yay or nay?
kalau yay tu baguslah. ada perubahan. yelah bak kata makcik sebelah rumah aku punya anak punya isteri (hahaha apa entah kau merepek ni...) kita kena setiap masa berhijrah. slow and steady gitu. hahaha! cukup. jangan mengarut lagi.
Ehem. pejam celik pejam celik je dah nak sebulan kira puasa. wow! sekejap nya.... excited tak nak raya? mestilah kan. ni mesti dah shopping baju raya 61 satu pasang... kasut raya 31 pasang... yang gigirl tu mesti tudung 90 helai kan? kan? kan? Joking jelah weh. aku memang suka buat spekulasi tak benar ni. lulz....
dah jangan nak kecam aku. diam dan keep reading.
dalam keadaan kewangan jaman (zaman) sekarang ni, kita kena berjimat cermat... yelah, kos sara hidup dan diri dah makin menikat. kenalah berjimat. karang tak pasal-pasal hujung bulan makan maggi (mee segera).
Membicarakan soal persiapan Aidilfitri, sukar menepis keinginan berbelanja yang mungkin didorong keseronokan meraikan Syawal. Selepas sebulan berpuasa, mengawal nafsu dan mengerjakan amal ibadat selama 30 hari, hati tentunya mahu bergembira di hari mulia ini.
Akhir kata, tak payah lah beli barang yang mahal-mahal tu. yang mahal tu bukannya semuanya berkualiti. [opps mengutuk pulak. sorry]. tapi barang murah kalau pandai memilih pasti nampak macam berjenama. ni mak aku katalah... sebab nak pujuk aku konon-kononnya. hahahaha
dah la. sampai sini. takda mood nak typing panjang-panjang. dah lah dekat sekolah ni. guna chromebook. ^.^
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI Syzfarangers!
**THE END**
No comments:
Post a Comment