'Ye kak,datang ni..'Hanis pantas berjalan menuju ke ruang tamu.
Hari ini merupakan pentas akhir bagi menetukan juara rancangan 'Khalifah Muda' di Astri Aosis musim pertama.Lima orang finalis Khalifah Muda iaitu Ashraf, Hizburrahim, Zaid, Fattah dan Abi Sharan berentap pada malam itu.Kemudian, tibalah masa untuk pengacara program mengumumkan juara Khalifah Muda musim pertama.
'Juara program Khalifah Muda di Astri Aosis ialah...'
'Zaid,Zaid,Zaid,Zaid'sebut Hanis dalam hatinya sambil memejamkan mata.Berharap agar Khalifah Muda Zaid yang diminatinya itu menang.
'Khalifah Muda Hizbur!' Umum pengacara rancangan.
'Hmmm,Kenapala Khalifah Muda Zaid tak menang?' _________________________________________________________________________________
3 tahun kemudian
'Hanis,anti tau tak sapa yg nak bagi ceramah sempena Ihya' Tarbawi Ramadhan kali ni?'tanya Afifah,salah seorang rakan Hanis juga ahli Badan Tertinggi Pimpinan Pelajar (BTPP).
'Manalah ana tau,ceramah tu kan Iffah yng handle?'Hanis sebenarnya malas hendak mengambil tahu.
'Khalifah Muda Zaid' jawab Afifah.
Terbeliak mata Hanis tatkala mendengar nama itu disebut. Khalifah Muda itu yang diminatinya ketika berumur 12 tahun.Kini usianya telah menginjak 15 tahun,manakala umur Khalifah Muda Zaid pula 25 tahun.Jurang umur antara mereka sangat jauh. Hanis memang menaruh hati pada insan itu namun, dia ketepikan kerana menganggap dirinya terlalu muda untuk memikirkan soal jodoh dan perkahwinan.Hanis termenung sendirian.
'Hanis Munirah Bt. Mohammad Zohir!!' Jerit Afifah.
'Ishh,apalah anti ni!Pekak telinga ana tau.'cakap Hanis sambil mengusap telinganya.
'Haa.. itula.. nanti kalau orang panggil mengelamunlah lagi.Dah jom! BTPP kena sambut penceramah' Afifahmenarik tangan Hanis yang masih leka dengan sakit telinganya itu.
Kelapan-lapan BTPP mengiringi Khalifah Muda Zaid masuk ke dalam Dewan Sejahtera.Hanis hanya memerhatikan Khalifah Muda Zaid dari belakang.
'Huit,tengok apa tu?Sampai tak bekerdip mata memandang?Tengok Khalifah Muda Zaid eh?'DugaWahida,salah seorang ahli BTPP sambil tersenyum sinis.
'Anti!Ana tak tengok dialah!'Marah Hanis sambil menolak tubuh Wahida. Memang dia memerhatikan Khalifah Muda Zaid sedari tadi,cuma dia tidak suka andai ada yang mengganggunya.
'Hehehe,bagitau satu dunia yang anti minat dia nanti.'Ujar Wahida sambil melakukan gaya seprti orng yang hendak membuat pengumuman.
'Bagitaula kalau berani.'Hanis sebenarnya malas melayan perangai Wahida.Hanis berjalan menuju ke tempat duduk yang dikhaskan untuk BTPP di barisan hadapan.
'Bismillahirrahmanirrahim'Kalimah pertama yang dilafazkan oleh Khalifah Muda Zaidsebelum memulakan ceramah.Terserlah kriterianya sebagai seorang dai'e pada dirinya yang membuatkan tubir mata Hanis tidak berkerdip memandangnya.Khalifah Muda Zaid kemudiannya membacakan sepotong ayat suci Al-Quran dari Surah Al-Baqarah ayat 183 tntg kewajipan berpuasa pada bulan Ramadhan.Ayat itu dibaca dengan berlagu.Saat itu, bergetar dinding hati Hanis.
'Ya Allah,merdunya.'Sesekali dia berasa cemburu dengan kebolehan Khalifah Muda Zaid yang pandai melagukan ayat Al-Quran,petah Berhujah,lantang berbicara dan kukuh isi hujahnya.
'Bilalah aku boleh jadi macam dia.'Terkadang timbul perasaan cinta di hatinya,namun Hanis cepat-cepat menyedarkan dirinya.
'Wake Up,Hanis.He'10 years older than you.' _________________________________________________________________________________Hanis bangun awal untuk menunaikan sembahyang tahajjud.Memang itu rutinnya setiap hari sejak dia tinggal di asrama ketika berada di tingkatan 1.Usai solat,Hanis memanjatkan doa pada Rabbul Izzati agar diberi kesejahteraan untuk kedua-dua orang tuanya.Hanis juga tidak lupa berdoa untuk diri dan rakan-rakannya yang bakal menempuh PT3 pada tahun ini agar diberi rezeki untuk mendapat keputusan yang cemerlang dan menghabiskan hafazan 30 juzuk.Tiba-tiba,satu bayangan wajah seseorang yang amat dicintainya muncul dalam kotak fikiran.Ya!Itulah wajah Khalifah Muda Zaid!Hanis segera menggumam istighfar.Dia bimbang andai hatinya mengikut telunjuk syaitan yang mahu melekakannya dengan cinta.Dia juga tahu jurang umur mereka,ditambah pula dengan dirinya yang masih belajar menjadi tembok harapan untuk Khalifah Muda Zaid mejadi miliknya.Lantas,Hanis berdoa...
'Ya Allah,Ya Tuhanku,aku tahu umurku yang masih mentah ketika ini tidak melayakkan aku untuk berbicara tentang cinta.Namun,andai dia yang terbaik buatku,maka satukanlah kami dengan kasih-Mu... Jika dia bukan yang terbaik buatku,maka jauhkanlah hatiku daripada terus terpaut padanya..'Hanis tenggelam dalam pertemuan bersama Tuhannya.Dia menangis semahunya.Dia takut andai perasaan itu mengganggu pelajaran,hafazan dan hubungannya dengan Allah.Namun,dia tidak berupaya menolak fitrah cinta yang diberi untuk setiap hamba-Nya.
'Duhai Sang Hati.. kenapala kau minat pada orang yang jauh beza pangakt dan darjat dengan aku?'Hanismengeluh _________________________________________________________________________________ 'Saya akan umumkan senarai nama pelajar banat yng berjaya memperoleh keputusan 11 A dalam PT3.'Pengetua sekolah berucap di hadapan khalayak ramai dalam dewan sejahtera.Hanis hanya membisukan diri.
'Nabila Huda, Nor Hazirah,Nurul Afifah,Nurul Tasneem, Asma' Amanina,Anis Nabilah,Nur Zakirah,Hanis Izzaty,Irfan Izzati,Aimi Munirah Ainul Husna,Aina Murshidah,Hamidatun Nasriyah,Amelia Husna,Wirda Azlan,Nur Aisyah dan....'Nama yang terakhir diumumkan agak lambat. Hanis memandang kosong wajah pengetua kerana dia tahu bukan namanya yang bakal disebut.
'Hanis Munirah!'Umum pengetua.
'Allah! Ya Allah!'Spontan kalimah suci itu terlafaz dari bibirnya.Air mata laju mengalir.Mulutnya tidak putus menggumam syukur. Usai turun dari pentas setelah mengambil sijil,Hanis terlihat sesuatu.Perasaannya gelisah tiba-tiba.Matanya tertancap pada satu wajah yang amat dirinduinya.Insan itulah yang dia tidak pernah lupa untuk mendoakannya.Wajah yang sudah lama tidak ditatap,wajah itu.
'Tak mungkin dia datang sini.Tapi,kenapa?'Hanis menggelabah apabila menyedari insan itu semakin mendekatinya.
'Assalamualaikum,adik....Hanis.Nampak Ustaz Arham tak?'Soal insan itu dengan penuh sopan. '
'Macammana dia tahu nama aku pulak?' soal Hanis dalam hati.
'Ermmm,tt..tt..tahu... di..di..dia ada di Maktabah'Jawab Hanis.Entah mengapa dia berasa begitu gugup.
'Oh,Terima Kasih.'Insan itu berlalu pergi.Hanis hanya memerhatikan insan itu berjalan menuju Maktabah(perpustakaan).Hatinya rindu,hatinya kasih pada insan itu.
'Khalifah Muda Zaid...' _________________________________________________________________________________ 'Ayah!Kenapa ayah tak bagitau Hanis dulu?'Dirinya betul-betul kacau.Gelisah dengan keputusan ayahnya yang hendak dirinya menyambung pelajaran di Jordan dalam Bidang Kedoktoran.Gelisah dengan keputusan ayahnya kali ini pula.Hanis berlalu pergi meninggalkan ayah dan ibunya. Dia berlari mendapatkan kakaknya di dalam bilik.
'Kak Ila! kenapa akak tak halang ayah?'Tanya Hanis kepada kakaknya,Nabila.
'Bukankah Hanis kata Hanis suka dulu?Kata Nabila.Hanis pelik.Dia tidak pernah mengenali lelaki yang meminangnya,jauh sekali untuk menyukainya.
'Hanis suka?Akak tahu tak yang Hanis tak kenal pun sapa orang tu? nama dia pun Hanis tak tahu!'Hanisberbicara agak kuat.Mungkin kerana amarahnya yang begitu tinggi.
'Laa.. Ingatkan Hanis dah tahu.Orang tu ialah...' Hanis tekun mendengar biarpun amarahnya masih membaluti hatinya.
'....Khalifah Muda Zaid.'Hanis terduduk.Mana mungkin insan yang jauh beza umur dengannya bakal menjadi suaminya. Air mata hampir mengalir. Namun, pantas Hanis menahan.
'Akak ada cerita kat ayah pasal Hanis minat kat dia.Ayah kata ini hadiah untuk Hanis sebab dapat straigth A SPM.Ayah kata dia tak mampu nak bagi benda lain. Jadi, abah bagi lepaskan Hanis pada seorang yang boleh jaga Hanis.Umi pun setuju.'Saat itu,berjurailah air mata Hanis.
'Allah!Ya Allah! Aku tak impikan perkara sebegini. Terima Kasih Ya Allah.'Air mata laju mengalir.KepalaHanis dilentokkan ke bahu Nabila yang berada di sebelahnya.
'Hanis,akak yang suruh ayah dan umi stuju.Sebab akak pernah terbaca diari yang Hanis tertinggal time Hanisnak balik asrama.Allah tu Maha Adil,dik.DIA beri ganjaran yang tak pernah Hanis bayangkan sebelum ni sebab Hanis tak terleka dengan ujian cinta yang Dia bagi.Beruntung Hanis.'Ujar Nabila sambil mengalirkan air mata,terharu mungkin.Hanis berlari mendapatkan ayahnya di ruang tamu.
'Ayah,Hanis minta maaf sebab kasar dengan ayah tadi. Hanis minta maaf sangat-sangat.Terima Kasih,Ayah,umi.'Hanis memeluk erat tubuh ayahnya.
'Hanis,ayah tak ada duit nak bagi Hanis hadiah sebab dapat straigt A SPM.Ayah hanya mampu bagi ni ja kat Hanis.Ayah yakin dan percaya bahawa Zaid mampu jaga Hanis sebaik mungkin ketika Hanis berada di Jordan nanti.Ayah yakin Zaid mampu jadi Khalifah buat Hanis'Ujar ayahnya sambil balas pelukan anaknya.Kedua-dua insan itu berpelukan dalam sayu.
'Hanis,Nabila!Siap cepat,Zaid nak datang nih..'Pinta ibunya dengan lembut. _________________________________________________________________________________ 'Ustaz,kenapa ustaz pilih ana?Sedangkan ramai lagi yang solehah di luar sana? lagipun,umur kita jauh beza,umur ustaz sama macam umur ustaz-ustaz ana di sekolah dulu.'Soal Hanis.Mereka berdua berbicara di tempat yang terbuka agar tidak timbul fitnah.Jarak antara mereka juda dipelihara.Hanis menundukkan pandangannya kerana menyedari insan itu belum Halal baginya.
'Allah yang tentukan jodoh kita.Sejak ana jumpa anti time anti ambik keputusan periksa hari tu,ana termimpi anti.Bila ana bangun,ana istighfar mohon Allah tunjukkan jalan.Ana solat tahajjud dan hajat setiap malam agar ditunjukkan perkara yang sebenar. Allah nak tunjukkan ana satu benda yang membuatkan ana percaya yang jodoh ana dengan anti.Jadi,ana pun mintalah alamat anti dekat ustaz Arham memandangkan dia kawan ana di sekolah anti.Ana terus jumpa bawa mak ayah ana untuk jumpa mak ayah anti dan terus masuk meminang.Alhamdulillah mereka terima.'Terang Khalifah Muda Zaid panjang lebar.Pandangannya juga ditundukkan.
'Ana masuk dulu.Tak manis kalau kita sembang lama-lama.Assalamualaikum.'Hanis berlalu pergi dgn juraian air mata.Hatinya berbunga riang.Mulutnya tidak lekang menggumam syukur.
'Ya Allah,manisnya ujian cinta yang kau berikan kepada hambaMU ini..'
..TAMAT..
nota selit-selitcerpen ni.. pertama kali aq baca, sungguh menggetarkan naluri muda aq, menyedarkan aq yang selalu sangat lalai dan alpa kepada Allah.. sekadar perkongsian dari blog Sang Mujaddid..
**THE END**
No comments:
Post a Comment