Awak
Jangan sedih-sedih
Tak baik kan merintih?
Allah sedang menguji
Allah sedang melatih
Agar awak nanti lebih gigih
Awak
Pandangan mata saya tak nampak semua
Tapi hati saya dapat meneka
Seperti ada sesuatu yang tidak kena
Awak sedang berduka lara
Awak sedang kecewa
Awak
Sesekali biarkan saja mutiara jernih itu
Biar ia gugur dan mengalir syahdu
Kita manusia bukan batu
Tak mengapa jika digunakan air mata itu selalu
Kalau solusi itu bisa membantu kamu
Awak
Tak mengapalah kalau semua derita itu rahsia
Tapi janganlah dipanjangkan hingga terlupa rupa bahagia
Bukankah senjata orang mukmin itu berdoa?
Mohon saja ketenangan dari Dia
Dia lebih berkuasa atas apa saja J
Awak
Tangan saya tak sampai mahu menghapus air mata
Kata-kata saya hanya mampu diukur di balik tinta
Seluruh simpati dan sedih saya ada jauh di dasarnya
Harapan saya membara mengharapkan awak gembira
Saban hari awak selalu saya doa
Awak
Terkadang awak tanya saya
Di saat awak terluka
Mengapa tiada yang mengerti perasaan awak?
Awak nak tahu jawapannya?
Allah tu Maha Penyayang akan hamba-Nya
Di saat jiwa awak lara
Dia nak awak share hanya dengan Dia
Dia nak awak mengadu hanya pada-Nya
Sweet kan Dia?
Awak
Dari jauh saya pesan
Hidup umpama pentas lakonan
Adakalanya watak dan jiwa seperti tidak sehaluan
Sesekali perlu disuburkan dengan pengorbanan
Kerana itulah lumrah kehidupan ciptaan Tuhan
credit to blog Sang Mujaddid
No comments:
Post a Comment