Assalamualaikum! hi! lama tak mengarut.. so harini aq rasa nak mengarut.. kat bawah ni adalah surat cinta yang aq tulis.. agak mengarut kan?? tahuu.. so enjoy it!
Dalam kesuraman
ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya dibawah kaki langit
khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurika nostalgia cinta lama yang kita
palitkan berdua. Kehadiranmu bersama molekul-molekul hidrogen menerjang segala
kekusutan yang membelit tali perutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti
rindu gelora dan shahdu.
Kau juga
mengajarku erti cinta, singa laut,beruang kutub, penguin, kambing salji, mee
rebus, cendol, koridor, kotak pensil, tali kasut dan pasu bunga.Kala itu, kita
bagaikan Nobita dan Sizuka.Kau dan aku umpama Kurt Cobain dan Rafeah Buang yang
tidak dapat dipisahkan. Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas
hingga ke planet Pluto itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah
mengecewakan seluruh penternak lipan di Burma. Kau pergi jua ketika Kuala
Lumpur sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998.
Sesungguhnya
perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok getah secara besar-besaran di
Lembah Klang. Pemergianmu menyebabkan aku menghidap penyakit resdung dan
hepatitis-B secara mengejut. Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar
setiap masa sebagai langkah keselamatan. Aku seperti tidak percaya dengan apa
yang telah terjadi. Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting
ke ruang angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi
setelah aku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke rubber-set.
Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap di dalam gua
yang gelap dan ditemani stlagit dan stlagmit yang bagai sembilu.
Kondominium cinta
yang kita bina dari besi basikal dan kipas helikopter akhirnya musnah setelah
kau berpaling tadah. Ternyata sikapmu mulai berubah bila Malaysia mula
melancarkan satelit MEASAT-1 ke ruang angkasa raya. Sejak itu kau sering
melarikan diri bila terserempak dengan abang iparku (err sejak bila aku ada
abang ipar??). Akhirnya aku menyedari bahawa diri ini tidak diperlukan lagi.
Sejak kau dah
berpunya, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betik untuk mengisi
masa lapang. Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang rumah agar nampak
lebih cantik. Saban hari aku termenung di dalam peti sejuk mengenangkan dirimu
yang entah kemana menghilang. Aku cuba bermain badminton sambil makan mi hailam
untuk melupakanmu, tetapi aku tak berdaya. Lalu aku membakar mesin basuh dan
membelasah empat ekor itik serati jiran sebelah sebagai tanda aku tidak
bersalah.
Mengapa? Mengapa
sayang? Mengapa ini semua bisa terjadi? Mengapa setelah kau curi hatiku, kau
rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehingga aku terbunuh dalam kemalangan
cinta yang ngeri. Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yang
kau timpakan di atas belakangku. Derita yang kau timpakan itu adalah bebanan
yang terlalu berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386
ekor anak beruk. Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku
terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar Petronas
lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis pula keretapi
Komuter hingga aku hancur berkecai. Oh! terlalu berat dugaan yang kutempuhi
kini.
Kini segalanya
telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku. Aku hanya insan biasa yang suka makan
mi segera. Aku bukan McGyver, McDonald's, Superman atau Kesatria Baja Hitam.
Aku juga bukanlah Ultraman seperti yang kau idam-idamkan. Aku menyedari
kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri. Tak perlu
dikesali lagi kerana nasi telah menjadi capati dan tin sardin yang ku genggam
ini telah pun luput tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah
pemberianmu termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang untuk dibuat
makanan lembu.
Walaupun segalanya
telah pun berakhir, disini, diatas pokok getah ini aku tetap menunggu kau akan
kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada kompleks membeli-belah SOGO, selagi
ada kedai kasut selipar di sekitar Argentina, selagi Upin dan Ipin tidak tua ,
aku tetap menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan. Namun aku menyedari
bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka. Akhirnya aku mengambil keputusan
mektamad untuk menunggu tiang elektrik di hadapan rumahku berbuah. kalau tiang
elektrik berbuah nanti, aku poskan buahnya kepadamu. Nak tak? :p
**THE END**
No comments:
Post a Comment