Sunday 2 February 2014

Kisah Semalam

assalamualaikum. hai!
dah lama x berblogging ni rasa janggal la pulak nak menaip.. hehe!
sebenarnya aq nak cerita pasal insiden kat Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin semalam.
ni kes T-team tak turun padang waktu separuh masa kedua mula. penat team JDT tunggu.. aq dengar cerita ade kes bertumbuk.. dan yang di tumbuk tu pemain T-team ngan jurulatih kecergasan dorang.. tapi, sumber yang aq dapat dari laman sosial Johor Darul Takzim FC, si admin kata :

FAKTA SEBENAR INSIDEN PERLAWANAN PIALA FA, JDT LWN T-TEAM :

Pihak PBNJ melahirkan rasa tidak puas hati dengan keputusan Pengadil Perlawanan pada malam ini di mana perlawanan tersebut di atas telah ditangguhkan dengan tiada keputusan yang saksama.

1. Sebaik sahaja wisel penamat untuk separuh masa pertama dibunyikan, Stefano Impaguazzo , Jurulatih Kecergasan pasukan T-Team telah membuat provokasi dengan Cesar Fernando Giminez, Ketua Jurulatih pasukan Johor Darul Ta’zim.

2. Tiba-tiba pemain impot T-Team, Evaldo Rodrigues, memakai jersi nombor 16, telah meluru masuk menuju terus ke hadapan muka Cesar Fernando Giminez dengan memarahi Cesar dan ini terus berlarutan hingga ke terowong menuju ke bilik persalinan.

3. Pihak keselamatan stadium yang diketuai oleh PDRM Johor telah berjaya meleraikan masalah tersebut.

4. Tiada apa-apa insiden yang buruk berlaku kepada pemain pasukan lawan dan juga penyokong pasukan lawan.

5. Segala perjalanan dalam perlawanan di tengah padang juga amat cemerlang.

6. Perlawanan terpaksa ditangguhkan kerana pasukan T-Team telah membuat keputusan mengejut dengan menarik diri serta pulang awal sebelum perlawanan pada masa kedua dimulakan.

Pihak PBNJ tidak bersetuju dengan keputusan perlawanan ditangguhkan pada malam ini kerana apa yang berlaku tidak melibatkan pemain-pemain di tengah padang mahupun penyokong-penyokong ketika perlawanan sedang berlangsung.

so sekarang ni, kalau korang nak tahu lebih lanjut atau macam tak percaya, korang boleh search laman sosial facebook Johor darul Takzim yang di tubuhkan oleh fans.. kat situ mereka pun ada bagi keterangan.. apa yang penting, kita sebagai rakyat malaysia harus menyokong sukan negara. macam mana sukan di negara kita nak maju kalau korang asyik bergaduh, maki hamun, kutuk mengutuk?? memanglah kita menyokong berlainan pasukan tapi dalam skuad harimau malaya kan ada pelbagai pemain dari pelbagai pasukan seperti JDT, TRW, Red Giant dll, kalau korangx sokong mereka siapa lagi nak sokong? takkan orang myanmar kot? haha! ok ok!
itu pendapat aq je. korang nak dengar atau tak tu bukan problem aq.. yang pasti MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA!

**THE END**

No comments:

Post a Comment