Thursday 13 February 2014

tak habis-habis kisahnya

assalamualaikum.. hi!
korang sihat ke? haa ni aq nak cerita pasal JDT ngan T-Team yang isu 'terowong larkin' tu.. baru2 ni, semua player dari kedua dua team kene angkat sumpah.. ok.. kalau korang nak tahu lebih lanjut, korang boleh search kat google... so skang aq nak cerita pasal ape yg aq bace kat fb tadi... nah bace sendiri :

Pasukan JDT akhirnya tersepit dek percaturan licik FAM dan pihak media. Misi FAM untuk merosakkan imej JDT melalui jentera media sejak tahun lalu mencapai objektifnya pada tahun ini.

Segala usaha putar belit dan manipulasi media terutama akhbar Kosmo! dan Metro dalam menghasut orang ramai supaya membenci JDT dan para penyokongnya mula membuahkan hasil.

Pemangsa telah berjaya ditonjolkan sebagai mangsa manakala mangsa berjaya diputarbelit menjadi pemangsa dalam setiap insiden- itulah kepakaran pihak media sejak sekian lama.

Mereka mampu mengubah persepsi orang ramai hinggakan yang dipukul sampai berdarah dapat digambarkan sebagai yang jahat manakala yang memukul pula dilonjakkan sebagai umat harmoni dan sejahtera.

Kenyataan ini bukan fitnah. Bukti cukup ketara dalam kejadian di Stadium Darul Makmur apabila berita tentang penyokong JDT dibaling dengan botol air dan batu hingga cedera dan berdarah tidak diutamakan.

Sebaliknya tindakan segelintir penyokong JDT yang tidak tahan hati dan cuba bertindak balas terhadap provokasi itu pula yang diperbesar-besarkan oleh media sebagai ganas dan berbahaya.

Pengadil memberi `green light' kepada pasukan lawan mengasari pemain JDT tidak dijadikan sebagai bahan berita, tetapi pemain JDT yang mempertikaikan pengadilan pula dihebahkan dalam akhbar dan televisyen sebagai tidak berdisiplin dan ego.

Mungkin ramai tertanya-tanya mengapa FAM dan media cukup gentar dengan JDT hingga sanggup bersikap jijik seperti itu? - Jawapannya kerana FAM takut dengan bayang-bayangnya sendiri.

Mungkin ramai tertanya-tanya mengapa media bersengkokol dengan FAM untuk misi hasad dengkit tersebut? - Jawapannya kerana ramai wartawan sukan merupakan penyokong fanatik kepada pasukan masing-masing.

FAM resah pembangunan yang dibawa pasukan JDT dalam Liga Malaysia akan menyebabkan kepimpinan mereka sejak berpuluh tahun lalu mula dipersoalkan pendokong sukan bola sepak tanah air kerana gagal membawa sebarang pembaharuan positif.

Media pula menjadi `tentera' mereka dalam perang propaganda ke atas JDT kerana wartawan sukan mempunyai kepentingan peribadi memastikan penguasaan pasukan kesayangan mereka dalam Liga Malaysia tidak tergugat.

Bagaimanapun, pasukan JDT dan penyokongnnya yang `kerdil' tiada daya untuk melawan perancangan busuk itu. Kuasa media mempengaruhi minda orang ramai tiada noktahnya dan kuasa penentu dalam sukan bola sepak Malaysia pula ditangan FAM.

Maka, JDT dan penyokongnya tidak boleh lagi menoleh ke belakang. Mereka telah tewas kepada konspirasi FAM dan propaganda media tetapi itu bukan beerti mereka harus mengaku kalah. Mereka boleh beralah tetapi bukan beerti kalah.

Pemain JDT perlu membuktikan mereka sebuah pasukan profesional dengan mencatat kemenangan dan mencari jalan untuk mengatasi taktik kotor dan ganas oleh mana-mana pasukan lawan.

Penyokong pula perlu menunjukkan kepada masyarakat bahawa mereka bukan samseng dengan memastikan tiada insiden buruk yang boleh diputar belit oleh pihak media.

Penulis dalam pada itu difahamkan provokasi yang berlaku dalam kejadian baling botol air dan batu semasa perlawanan JDT vs Pahang baru-baru ini bukan dilakukan oleh penyokong Pahang sebaliknya penyokong dari sebuah pasukan lain - Penyokong Pahang profesional dan bukan golongan `gedebe' malangnya mereka juga termakan dengan hasutan itu.

Penghasut sengaja melakukan provokasi itu untuk melaga-lagakan kedua-dua penyokong supaya berbalah dan bergaduh.

Justeru, penulis cadangkan kelab penyokong JDT berpakat dengan kelab penyokong pasukan lain dalam setiap perlawanan selepas ini supaya mengawasi pergerakan penyokong masing-masing dan menahan individu yang cuba melakukan provokasi untuk diserahkan kepada pihak berkuasa. Rakam siapa sebenar mereka.

Penulis yakin semua kelab penyokong lain cukup profesional dan akan bekerjasama dalam usaha murni ini demi pembangunan sukan bola sepak tanah air.

Cuma yang membimbangkan penulis penyokong JDT tidak sempat untuk memperbetulkan keadaan kerana tidak mustahil FAM akan bertindak lebih jauh untuk menjatuhkan JDT termasuk mengharamkan atau menggantung pasukan JDT daripada terus beraksi dalam Liga Malaysia.

Harapan penulis,mari kita share dan tag ramai2 supaya benda macam ni dapat sampai ke KJ, dan FAM.

Terima Kasih,kerana sudi membaca.

**THE END**

No comments:

Post a Comment