Assalamualaikum Hi...
ni sebenarnya sambungan daripada entri sebelumnya. Klik sini untuk baca part 1
aku pun tak tau kenapa aku kena buat part-part macam dekat tiktok.
apa apa pun.. kisah yang aku nak cerita tu begini...
sejak aku dapat tau mental health aku dalam keadaan yang tak berapa yang stabil.... emotion aku asyik tak tentu arah. yang paling ketara adalah aku dah tak boleh nak control rasa marah dan sedih lagi-lagi depan family. walhal aku ni adalah makhluk tuhan yang selalu cuba untuk tunjuk kuat dekat depan family.
tapi sejak dua menjak ni, aku susah nak kawal. kalau aku sedih, aku cakap dengan mak yang aku sedih. kalau aku marah aku cakap dengan mak yang aku marah. even perkara kecil yang jadi pun boleh triggered emotion aku. entah berapa kali aku marah disebabkan benda-benda kecil yang asalnya dulu aku ignore je.
dan harini, dia jadi lagi... aku cerita ni bukan nak raih simpati sesiapa. tapi memang atas dasar untuk aku luahkan rasa.
macam yang aku ada tulis dalam entri aku sebelum-sebelum ni, aku start satu business as dropshipper. aku jual hair treatment product. Aku sebenarnya tak berminat nak involve dalam business, lagi-lagi bila social skill aku makin hari makin kurang. Aku takut nak promote, aku takut nak bercakap. Tapi atas support makcik aku, aku gagahkan juga. walaupun ada masa aku down.
awal tahun 2022 haritu aku down sebab gigih aku promote dan buat content tapi tak capai satu sale pun lagi. aku cuba tolak tepi rasa down tu dengan azimat "susah dulu senang kemudian". tak lama lepastu aku dapat satu customer. customer yang pada aku sangat berpotensi untuk repeat order dan jadi regular customer aku since beliau dah lama kenal produk yang aku jual. Lagipun, dia kawan lama aku. kawan dari tadika. cuma jarang benar contact.
sejak contact dia balik ni, rajin juga la aku interact dengan dia walaupun tak selalu. and ada satu hari tu aku nampak status dia ke langkawi. aku kirim la coklat memandangkan lama aku tak rasa coklat dri pulau legenda tu. everything was normal sampai lah petang tadi tiba-tiba aku dapat whatsapp.
Assalamualaikum.Fafa sorry jangn Chat <nama> lagi...Sbb ...Nak jaga Hati Orang yg <nama> Sayg .
masa aku baca ni, bercelaru otak aku. Di antara nak carut dengan nak mengamuk. Ok dua dua pun negatif. dekat otak aku masa cuma satu je... "dah 2022 pun masih ada girlfriend bodoh macam ni ke?" aku marah sebab aku dah lah jarang interact dengan kawan aku ni.
Lepastu yang buat emosi aku lagi berkecamuk bila aku teringat yang dia ni lah setakat ni satu-satunya customer aku yang ada potensi untuk repeat order in future. Tapi kalau dah tak boleh chat macam ni macam mana nak teruskan muamalat? Aku terus meletup sambil memberikan sebakul makian terhadap si girlfriend. Aku rasa masa ni yang tindakan si girlfriend tu hanyalah cubaan menutup periuk nasi aku.
aku pun buka instagram. teguran Tuhan yang pertama buat aku adalah melalui Fadh. kawan satu fakulti aku. quotes daripada Taylor Swift.. 1989 tour at Japan. aku tersentak pada satu ayat.
"When you have bad days that just won’t let up, I just hope that you will look in the mirror and remind yourself of what you are and what you are not."
kenapa aku kena fikir siapa yang pergi. Aku kena terima dengan hati yang terbuka bahawa setiap yang pergi tu menandakan rezeki aku untuk dengan dia adalah sampai situ. tak kira lah dengan pasangan, kawan, keluarga, laptop, pen.. Aku kena fikir dan lihat apa yang aku ada. Apa yang masih ada dengan aku. ya, aku kena belajar bersyukur.
walaupun mungkin apa yang aku dapat dari story Fadh ni bukanlah maksud asal quotes tu, tapi sekurang-kurangnya aku berjaya pujuk hati aku.
Tapi tak semudah itu untuk hati aku terpujuk. Aku fikir lagi... Aku post beratus story, berbelas content dan terlihat bodoh untuk dapatkan satu sale. Tapi, seorang perempuan yang aku tak kenal, dalam sesaat dengan satu mesej je, menghilangkan peluang aku untuk dapat sale seterusnya. Aku down balik.
teguran Allah kali kedua datang. Kalini melalui Sir Shakib. dan betul betul tepat menusuk dalam hati aku.
Kalini apa yang aku dapat adalah, teruskan berusaha. Sebab rezeki tak pernah salah alamat. Rezeki tu, kalau zahirnya susah dicapai tapi kalau dah tertulis untuk kita... tetap akan jatuh ke pangkuan kita. Tapi rezeki tu kalau dah tertulis bukan untuk kita... dah berada dalam mulut pun boleh keluar kembali. Rezeki tetap ada untuk kita. cuma cepat atau lambat je.
Konklusinya, aku patut bersyukur berada dalam circle yang positive. Yang walaupun secara tak langsung mampu menasihati aku bila aku memerlukan. syukur. Alhamdulillah.
ok, dah lega. boleh la aku tidur. maaf kalau entri kalini lari konti.
***
Bonus:
Taylor Swift Motivational Speech
“Maybe you lost someone you never expected you would lose.
Maybe you lost yourself. That’s even worse.
When you have bad days that just won’t let up,
I just hope that you will look in the mirror
and remind yourself of what you are and what you are not.
You are not your mistakes.
You are not damaged goods or money from your failed explorations.
You are not the opinion of someone who doesn’t know you.
You are a product of the lessons that you’ve learned.
You are wiser because you went through something terrible.
And you are the person who survived a bunch of rainstorms and kept walking.
I now believe that pain makes you stronger.
And now I believe that walking through a lot of rainstorms gets you clean.”
No comments:
Post a Comment