Assalamualaikum and hi guys.
Lama betul aku tak update blog aku yang dulu ownernya gilakan visitor tapi sekarang dah jadi macam personal space untuk curhat. Ya, betul lah orang kata, kenangan tu belum betul-betul bermakna jika baru sehari dua. Tapi menjadi mahal dan sarat dengan sentimental value bila sudah bertahun lama. Sama macam entri-entri blog ni yang kalau dihitung umur entri pertama blog ni sudah berusia 8 tahun.
Jadi entri kali ni merupakan satu entri yang aku harap akan menjadi entri paling mahal dalam blog aku. Because, i dedicated this entry for someone yang unexpectedly came into my life 2 years ago.
Najwa Rythami. tahun ni (2021) 22 tahun. berasal dari... tak tahu lah. dia punya asal usul keturunan ni macam banyak bona. Sekerat Sabah, sekerat Nismilan, sekerat pantai timur (k ni aku bedal je. haha)
I know her ever since before she knows me. And, our first conversation, it's happened.... unexpectedly. Ya, berkenalan dengan Najwa Rythami.. my life is full of "unexpectedly" since day 1. 😂
Langit Central i-City ketika itu, jingga disimbah mentari yang sedang berada di ufuk barat. Lensa telefon segara merakam sambil menantikan bas Smart Selangor yang akan membawa aku pulang kembali ke kolej. Entah kenapa, emosi aku berkecamuk. Serasa seperti pelbagai soalan muncul dalam fikiran. Drama-drama yang aku hadap dalam tempoh sebulan disini, menggerakkan aku untuk memulakan perkenalan dengan Najwa Rythami.
Jika kebiasaannya, langkah pertama menuju persahabatan, dimulakan dengan sapaan, namun langkah pertama persahabatan kami bermula dengan sebuah balasan insta story yang terkandung "Agree! 💯". Dari situ, tanpa apa sebarang peringkat atau fasa, Najwa Rythami yang aku sapa Wawa terus menjadi sahabatku. Berkongsi pelbagai pengalaman suka, duka.. Namun, ini bukanlah pengakhiran bagi cerita kami, Baru eksposisi. Klimaksnya...
Klimaksnya, bila dua jiwa semakin sebati.. Bicara mula menyentuh emosi. Kisah peribadi mula dikongsi. Kami saling bertukar cerita. Meluahkan rasa yang terbuku dihati. kadang-kadang menangis, kadang-kadang ketawa. kadang-kadang marah, geram.
Pada aku, bila kita dah berkongsi emosi, itu tandanya dua jiwa telah pun sebati. dan takkan mudah untuk dileraikan, Bak kata Beto Kusyairi dalam Istanbul Aku Datang.
Banyak aku nak cerita.. Tapi biarlah segala cerita peribadi ini, menjadi rahsia antara aku, wawa dan mungkin arip (sebab najwa selalu cite dengan arip. ahahahah)
Tujuan utama entri ini, adalah apresiasi kepada Nur Najwa Rythami.
No comments:
Post a Comment