Saturday, 19 November 2016

Chapter 55 of 55: Siri Fafa di Alam Menengah

Assalamualaikum. hai.

akhirnya.

dah lama aku tunggu post ni. (aku baru je dapat idea tadi ceh)
sekejap je rasa dah sampai ke Bab 55 daripada 55 kehidupan sekolah menengah aku.

macam mana kau kira ha jemah?

12 x 5 - 5 = 55... ape lah yang susah benau. aku exclude bulan December.

jadi sebelum aku mengakhiri kertas SPM terakhir aku iaitu Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT @ TMK) aku saja je nak share dengan engkorang experience aku since aku form 1 sampai lah form 5. mana nak mula eh? okay form 1 eh. hm aku pick random event yang sampai sekarang terlekat kemas dalam hati dan minda aku,

Form 1
actually, nothing special sebab aku junior yang masih mentah lagi tapi disebabkan maksu aku yang cikgu kat sekolah aku, so aku dapat banyak peluang melalui Briged Bestari sekolah aku ni. (*briged bestari @ smart brigade ni actually focus on ICT.) antaranya bila aku dapat peluang pergi ceramah IT, bekerjasama dengan senior, dapat jumpa Awi Rafael, Imran Koyube (idola weh) and paling best bila end of year 2012 tu dapat join karnival ICT dekat sekolah aku ni. karnival tu lah yang paling best.








and lagi satu, tahun ni jugak aku join pasukan kawad kaki BSMM yang sangat aku banggakan till now. semangat senior, semangat jurulatih tua miang nak matey yang berusaha bersungguh-sungguh mendidik dan melayan kerenah kami especially budak form 1 baru nak up yang terlalu kebudak budakkan (form 1 kot weh) hahahahaha!



Form 2
Penampakkan wajah tak berapa baik dah semakin terserlah. aku makin aktif. tapi bukan bab sukan lah. aku makin aktif dalam briged bestari. semangat aku nak menceburkan diri dalam bidang ict makin membara setelah kehadiran pelawat daripada Filipina weh. (yaa walaupun aku tak berapa nak faham english dia yang banyak slang filipina tu tapi okaylah aku excited) time ni jugak aku join Pembimbing Rakan Sebaya.dia macam kaunselor muda lah. aku pun aktif jugak dengan PRS ni. giat lah bagi kaunseling, join kursus, kem blablabla. kawad kaki pun masih join. boleh dikatakan time ni aku tengah tamak jawatan. HAHAHAHAHAHHAHA (eh mana ada lah. tipu je)

time ni pun aku rajin gila pergi perkhemahan. sampai ke Bentong, Pahang aku merantau. tapi walaupun penat tetap best sebab aku dapat member baru yang baik sampai sekarang and pengalaman yang sangat mahal harganya.

Form 3
time ni dah agak nak menjurus ke arah kejahatan tapi nasib baik aku dapat jadi pengawas percubaan, so time aku join kem kepimpinan tu, fasilitatornya abang Darul Quran (DQ)  aum  jadi aku agak muslimah lah time tu. acah acah "la taqrabu zina" kononnya semat dalam hati biar terbiasa. alhamdulillah, aku bawak ayat tu sampai aku nak PT3 sebab sebelum PT3 tu ada kem ibadah. haa aku rasa ni yang paling menarik kut. time kem ibadah tu aku kenal ramai abang-abang and akak-akak yang kelakau. jadi aku pun turut kelakau bahkan 5 juta kali ganda lebih kelakau daripada mereka. ceritanya time malam muhasabah diri, abang umar handsome  kata apa entah aku malas nak ingat then lepastu suddenly aku macam dibawah sedar automatik jerit and said "saya akan clash dengan pakwe saya hari ni jugak" okay aku macam nak perhatian lebih kat situ. HAHAHAHAHAH tak guna gila. ah malas nak cerita lebih. nak tau lebih boleh click siri Kem Ibadah ni >>>  1, 2, 3
haa yang lain-lain pandai pandai lah kau pergi korek aku punya older post.

Form 4
aku pindah sekolah. this is the most heartbreaking moment weh. aku dah pin dah baru aku bagi tahu member-member semua. ada yang kecil hati tak kurang jugak yang gembira melompat kegirangan. dekat sekolah baru aku banyak dengan Bulan Sabit Merah sebagai 'pemangku pengerusi' (hahaha aku yang bagi gelaran tu sendiri. perasan) mana taknya, pengerusi pun macam kerusi. kaku je. naibnya pun sama aih. aku pun rasa hambar. tapi yang paling best bila aku dapat peluang jadi medik dekat MSSD cuma serius cakap. AKU MENYESAL dan TAUBAT dan TAK NAK PERGI LAGI. cikgu-cikgu dia kerek gila weh. takdelah, aku nampak budak pengsan kat trek, aku memang nak pergi tolong tapi dah time aku nak rushing tu ada pelari tengah berlari tu yang aku stop. kang tak pasal aku yang kena langgar, dengan aku-aku sekali pengsan. cikgu tu gelabah nokharom (sejenis carutan).

Form 5
hm. nak cakap apa lagi ye? dah nak habis ni.... sepanjang aku tingkatan 5 aku masih tak dapat nak libatkan diri dalam apa-apa aktiviti kokurikulum. aku still stuck dengan BSMM tapi aku redha. aku dapat jadi pengerusi tahun ni dan alhamdulillah aku tak delah terlalu 'kerusi' macam tahun lepas. banyak jugak aktiviti tapi biasalah, kerjasama daripada ahli takde. so susah sikit. aku rasa nak ragging je depa ni tapi aku boleh sabar lagi. and tahun ni aku pun diberi peluang mengelola platun kawad kaki Puteri Islam. susah sampaikan aku jadi squad leader time peringkat sekolah je, peringkat daerah aku bagi junior. HAHAHAHAHAHAHA! itu lah kenangan paling manis.

kau takde ke kisah cinta ke persahabatan time sekolah konkrit nak cerita?

memang tak ada. aku masih belum jumpa sahabat yang stick dengan aku. most of them gunakan aku untuk kepentingan diorang je. sekadar untuk memenuhi keperluan bodoh diorang. Aku cuma berharap bila aku sambung belajar nanti aku akan dapat ramai kawan baru yang sekepala dengan aku but at the same time diorang akan mendekatkan aku dengan Allah.aku tak mintak ramai pun. at least cukup lah untuk bawak dulang hantaran aku time aku kahwin nanti., HAHAHAHA!!!!!!!

btw, hidup zaman sekolah ni indah. lagi indah kalau diserikan dengan memori yang manis. 💕💕💕

Sekolah, jumpa lagi 3 bulan time ambik result okay. muah 😙😙😙😙

**p/s : gambar yang lain nati aku update..... line teruk gila ni

**THE END**

No comments:

Post a Comment