Thursday, 27 October 2016

#PrayForHSA

Assalamualaikum. hai.
Dah lama tak post pasal al ehwal semasa kan. em. hari ni tergerak hati nak post pasal tragedi yang mendapat perhatian beberapa hari lepas. yup pasal Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru yang terbakar.
Insiden kebakaran Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah di Johor Bahru yang meragut enam nyawa tu adalah kejadian kebakaran besar pertama yang berlaku di hospital itu.
Bagaimanapun, kes itu mencatatkan sebagai tragedi paling buruk membabitkan kehilangan nyawa dalam sejarah kejadian kebakaran hospital di negara ini.

yang paling sedih is, bila ada 6 orang terkorban yang mostly diorang india. dah lah deepavali nak dekat. i just can't imagine macam mana perasaan family dia.

aku ada lah nak share gambar kot korang nak tengok. tapi korang boleh je google kalau nak tengok lebih. aku ada sikit je tu pun dapat dari whatsapp group family. hehehe

and yang paling lega when aku dengar berita ni, nasib baik family aku tak ada yang terlibat. ye, wife kepada sepupu aku ada sorang jadi nurse kat situ. 





Menurut maklumat daripada laman sesawang HSA, hospital yang terletak di Jalan Skudai kira-kira dua kilometer dari pusat bandar Johor Bahru itu dibina pada 1938 bagi menggantikan hospital terawal di daerah itu pada 1882.
Dengan keluasan 98.6 hektar, HSA yang berhampiran Selat Tebrau dan berhadapan dengan Singapura itu mempunyai bangunan hospital setinggi lima tingkat. Direka bentuk oleh syarikat arkitek 'Palmer and Turner', HSA mempunyai dua sayap berbentuk 'T'.
Kini HSA menyediakan 21 perkhidmatan klinikal, sembilan perkhidmatan sokongan klinikal, lima perkhidmatan sokongan bukan klinikal dan tujuh unit di bawah Pengurusan HSA.
Ia juga menjadi pusat rawatan koronari dan pembedahan jantung bagi Wilayah Selatan termasuk Sabah dan Sarawak.
Sehingga 2010, sebanyak 989 buah katil disediakan di HSA bagi menampung jumlah pesakit yang semakin meningkat di negeri itu.

#PrayForHSA

Love, Fafa.

No comments:

Post a Comment