Thursday, 28 July 2016

Alkisah Raya SMK KKB

Assalamualaikum. Hi guys. Jumpa balik. Hahahaha! Aku memang tengah on dekat sekolah so sebab tu aku post banyak entries ni. Okay, untuk post kali ni aku nak cerita pasal raya SMK KKB. Yep sekolah aku yang paling aku ‘chenta’. So far tahun ni best sebab meriah and semua budak kelas aku datang. Aww end of this year ni aku nak buat video compilation pasal kelas aku lah. Tak shabar~

 Disebabkan aku sambut raya dekat sekolah tu hari jumaat, so pagi tu start dengan bacaan yasin. Then cikgu-cikgu pergi ambik gambar lepastu baru makan. Simple je tentative program tu. Apa yang menarik tahun ni banyak gambar sampai galeri aku penuh. Yelah sebab sekolah aku ada budak hostel. So ada yang tak ada phone and they wanna borrow. Aku tak da hal. Tapi aku dah lah guna vsco cam. Lepastu bila dorang dah puas berselfie seratus dua das, mulalah tugas aku kena save and send. Penat penat. Tapi okay lah. Dapat rakam banyak kenangan manis buat bekalan andai tiba rasa rindu. Tapia da satu cerita yang aku nak cerita and aku rasa macam ppfttt~

Pagi tu time nak makan… aku baru tahu yang kelas aku berkongsi meja dengan form 6. So Biasalah form 6. ‘jual –ikan’ banyak sangat. Sampai diorang nak conquer meja tu and aku terpaksa pindah duduk sebelah zikri. Then sebelah aku tu ada abang form 6. He has a good-looking face. Yang penting, gigi dia lawaaaaaa! First time tengok dia aku terus jatuh cinta terminat dekat dia sikit. Sikit je. And sejak haritu aku hari hari usha dia dalam diam. Hahahaha~ (harap abang yang berkenaan tak baca blog ni. Kalau baca sila buat-buat tak pernah baca k.)
Aku tak ada nak cerita sangat sebab aku banyak bergambar. Cuma apa yang aku nak sentuh is jamuan raya tahun ni banyak mengajar aku erti persahabatan. And I love it~ semoga persabahatan 5 Teknologi Sastera Ikhtisas kekal hingga ke Jannah.

Dah lah. Aku nak belanja gambar je. K bye.

ketua kelas tingkatan 4, mami! hahahaha


my lover sarah ♥

the only chinese in TSI's

Teknologi Sastera Ikhtisas '99

captured by : yunn
OOTD jamuan raya haritu~
 
**THE END**

 

No comments:

Post a Comment