Thursday, 28 July 2016

Alkisah Raya SMK KKB

Assalamualaikum. Hi guys. Jumpa balik. Hahahaha! Aku memang tengah on dekat sekolah so sebab tu aku post banyak entries ni. Okay, untuk post kali ni aku nak cerita pasal raya SMK KKB. Yep sekolah aku yang paling aku ‘chenta’. So far tahun ni best sebab meriah and semua budak kelas aku datang. Aww end of this year ni aku nak buat video compilation pasal kelas aku lah. Tak shabar~

 Disebabkan aku sambut raya dekat sekolah tu hari jumaat, so pagi tu start dengan bacaan yasin. Then cikgu-cikgu pergi ambik gambar lepastu baru makan. Simple je tentative program tu. Apa yang menarik tahun ni banyak gambar sampai galeri aku penuh. Yelah sebab sekolah aku ada budak hostel. So ada yang tak ada phone and they wanna borrow. Aku tak da hal. Tapi aku dah lah guna vsco cam. Lepastu bila dorang dah puas berselfie seratus dua das, mulalah tugas aku kena save and send. Penat penat. Tapi okay lah. Dapat rakam banyak kenangan manis buat bekalan andai tiba rasa rindu. Tapia da satu cerita yang aku nak cerita and aku rasa macam ppfttt~

Pagi tu time nak makan… aku baru tahu yang kelas aku berkongsi meja dengan form 6. So Biasalah form 6. ‘jual –ikan’ banyak sangat. Sampai diorang nak conquer meja tu and aku terpaksa pindah duduk sebelah zikri. Then sebelah aku tu ada abang form 6. He has a good-looking face. Yang penting, gigi dia lawaaaaaa! First time tengok dia aku terus jatuh cinta terminat dekat dia sikit. Sikit je. And sejak haritu aku hari hari usha dia dalam diam. Hahahaha~ (harap abang yang berkenaan tak baca blog ni. Kalau baca sila buat-buat tak pernah baca k.)
Aku tak ada nak cerita sangat sebab aku banyak bergambar. Cuma apa yang aku nak sentuh is jamuan raya tahun ni banyak mengajar aku erti persahabatan. And I love it~ semoga persabahatan 5 Teknologi Sastera Ikhtisas kekal hingga ke Jannah.

Dah lah. Aku nak belanja gambar je. K bye.

ketua kelas tingkatan 4, mami! hahahaha


my lover sarah ♥

the only chinese in TSI's

Teknologi Sastera Ikhtisas '99

captured by : yunn
OOTD jamuan raya haritu~
 
**THE END**

 

Alkisah Fafa Beraya #TeamRayaJohor (Part Akhir)


**sambungan post sebelum ni**

aku mula-mula proses jugak siapa yang datang rumah paksu aku ni. dah malas nak kisah aku pun buat hal sendiri. lepak dengan family aku and budak kecik yang banyak songeh ni.



and segalanya bermula when Diveya (classmate aku) whatsapp aku mintak tolong handle kerja seni dia. nasib baik lah aku ni jenis yang bawak kerja sekolah balik kampung. (bangga kejap)





Soon after Diveya whatsapp aku tu, aku rasa macam loner gila weh (#lonergamesostrong) so aku pun landing lah exactly depan tv. Depan gila sampai aku nak tengok pun kena dongak. -_-“”



Then somebody was ‘tegur-tegur’ me. He was kinda irritating tho. And the conversation became…



Weirdo Man : cuti raya pun hadap kerja ke?

Aku : well Biasalah. Budak spm.

Weirdo Man : serious kau budak SPM?

Aku : Yelah. Kenapa?

Weirdo man : macam student je.

Aku : **cakap dalam hati** (aku memang lah student. Secondary school student -_-“) **senyum**

Weirdo man : aku doakan kau dapat ‘setoret’ (straight) B. HAHAHAHAHA!


After we had a loooooong conversation, then I know that mamat ni dulu aku pernah jumpa time aku kecik-kecik dulu. What the fish man…. Tak silap aku time aku jumpa dia dulu I was 9 or 10 like that. Dia pulak time tu… mak aku kata 14. Aku dapat ingat dia balik sebabkan adik dia… aku dulu quite close dengan adik dia walaupun tu lah first and last time aku jumpa dia. And nama adik dia Siti Nurhaliza. (I’m damn serious) Hahaha teringat weh time aku serabai gila nak mati and aku crush dekat dia. (pejadah adoyai) so back to the story, aku tak sempat pun nak change number phone dengan dia. Just tukar-tukar id wechat je and lepastu kitorang mesej even duduk dibawah satu bumbung. Ugh.

He such a funny boy that makes me feel “gelak-tergolek-nak-mati” the way he talk je pun dah kelakar. Serious I really gonna miss him so bad ♥ aku expect dia tidur rumah paksu but dia balik rumah nenek dia. Awh =( so contact through wechat jelah~ okay teruk jugak aku gelak sorang sorang sebab baca mesej dia yang penuh dengan slanga Negeri Sembilan.

Esoknya aku dah start gerak balik ke rumah sendiri. So aku sempat lah singgah rumah mak uda aku dekat Ayer Keroh. (High speed train lalu Ayer Keroh yaw) then aku singgah rumah my beloved cousin, kak naz. Aku totally mati kutu time ni sebab aku tak tau nak buat apa. So aku pun Takdelah buat apa.

The conclusion is, inilah kisah raya aku tahun ni. Penat tu memang penat tapi worth it~ aku dapat jumpa semua adik beradik mak aku dah lah bukan senang nak jumpa. Gonna miss you family.

I ♥ YOU GUYS

nota kaki : sorry post ni takde gambar~



**THE END**



**THE END**

Tuesday, 26 July 2016

Alkisah Fafa Beraya #TeamRayaJohor

 
Assalamualaikum guys. Harap aku belum terlambat nak ucap selamat hari raya! ♥

Maklumlah.. sibuk beraya (sibuk nak hadap trial SPM actually.) Alhamdulillah tahun ni rezeki dapat beraya dekat Johor.. so kita guna #TeamRayaJohor Hahaha! So far tahun ni meriah gila raya. Senang cerita memang beraya sakan.

Teringatlah nostalgia zaman kecik-kecik dulu. Awww!

 Macam Biasalah setiap kali raya dekat Johor, aku akan beraya dekat rumah pakcik aku a.k.a abang mak aku dekat Bukit Gambir, Ledang. (Haa ada tak orang Bukit Gambir yang tengah baca ni? Acewahh) actually rumah tu rumah arwah tok aku.

Dulu rumah tu rumah kayu ja tapi pakcik aku robohkan then buat baru. (tapi still tak muat bila semua sedara mara sepupu sepapat balik. HAHAHAHA!) so raya tahun ni beza sikit. Raya tahun lepas meriah YANG AMAT! Mana taknya, makcik aku yang dekat JB (Johor Bahru, bukan Justin Bieber) balik. Sepupu aku dengan anak dia pun ada sama. Anak-anak pakcik aku a.k.a sepupu aku pun balik jugak. So memang penuh rumah. Tahun ni pulak, aku beraya dengan pakcik aku yang duduk rumah kampung tu dengan dua orang sepupu aku... yang sorang dah ada anak. Sorang lagi belum kahwin. Tapi perangai sejenis je dengan aku.. bak kata daus anak paksu yang juga sepupu aku :- “Sepupu sama gonjol” (gi google apa maksud gonjol.)

aku balik kampung sehari sebelum raya.. so malam raya tu, disebabkan abang sedara aku beli ‘sedozen’ mercun dan bunga api, maka berjimbalah aku dengan barang terlarang tersebut. Anak sedara aku yang kecik tu pun join sekali. Dahsyat~ 


dia memang comel~

 
PAGI RAYA PERTAMA
Keesokan harinya, pagi raya… aku terlambat bangun. HAHAHAHAHA! Tak guna punya anak dara duh. Mana taknya, pukul 10 pagi aku baru bangun.. Mak, makcik dengan kakak sedara aku dah lama balik dari surau sembahyang raya.. -_- lalu aku pun menggayakan baju kurung raya aku yang aku dah pakai dulu time reunion mak aku bulan lepas. Lepas aku breakfast, baru aku sedar yang pagi raya kot. Sape je yang nak datang beraya. Semua orang masih 'stuck' kat rumah sendiri dengan sedara mara. Jadi aku pun layan lah drama raya yang tengah bersepah dekat astro tu. (dengar cerita ada 13 drama raya tahun ni :-3) lepas zohor, aku melawa balik sebab nak ambik gambar family. Wuish 10 tahun sekali kut nak ada gambar family aku bertiga. Maklum lah parents aku ni jarang bergambo.

family kecik den (ye aku anak tunggal. -_-"")

anak menantu cucu cicit Sajam & Seri ♥


Lepas aku dah puas bergambo.. Aku pun pergilah beraya… start daripada rumah nenek sedara aku, Tok Busu, rumah sepupu mak aku.. Rumah sepupu mak aku lagi… then pusing pusing pekan lepastu balik. Bila dah balik, kena get ready pulak adik beradik kakak ipar mak aku nak datang.. Sekali depa datang… wuish, ramai gila~ as well, memandangkan aku tak berapa 'ada kaitan' dengan diorang, so aku duduk depan tv layan Tuan Anas Mikael 5 Hari Beraya. Hahahahaha! Biasalah kita jarang balik kampung, so tak berapa nak kenal diorang even diorang kenal kita. -_- mana tak nya… diorang tu semua tengok aku time aku kecik around 2-4 years old kot. Tspi part paling best is time adik beradik kakak ipar mak aku a.k.a makcik aku tu nak balik. Aku dapat duit raya weh. Aku ingat aku yang tinggi ni takda dah nak bagi duit raya.. *crying-like-crazy*.. Lepas semua dah balik tu, kami semua get ready nak bertolak ke Johor Bahru keesokkannya. *sleep*

 
RAYA KEDUA
Lepas kemas rumah yang tunggang terbalik disebabkan tetamu ramai malam semalam… parents aku, makcik pakcik aku, sepupu aku dan kakak ipar serta anak buah dia pun bertolak… (abang sedara aku tak ikut sebab kena kerja. HAHAHA!)… 

-
-
-
-
-

**SETIBANYA DI PLAZA TOL SEDENAK** Aish, jem pulak. Nak masuk interchange Skudai.. Tapi sebab dah jem teruk ya amat… kami pun menyimpang ler ke Sedenak. Kiranya ikut jalan lama lah. Not bad. Best jugak. Redup je. Tapi sepanjang perjalanan tu aku asyik nak tergelak je.. Sebab nama tempat kat situ pelik pelik. Seriously, macam ada satu nama tempat ni aku jumpa.



Aku : ma~ nama tempat ni 'Kelapa Sawit?'

Mak : yelah.

Aku : pergh unik gila.

Ayah : Nampak tu, 'Balai Polis Kelapa Sawit' kelapa sawit pun ada balai sendiri.
Mak : kau ambik lah gambar tu post kat grup kelas. Aku : tak dapat bayangkan kalau kampung kita kat sini.. Bila cikgu tanya "awak raya mana?" then jawab " saya raya dekat Kelapa Sawit" HAHAHAHAHAHAH! 

 
Dah banyak membebel.. Bleh bleh bleh.. Sampai jugak.. Aww rindunya dengan anak-anak sedara yang cute cute ni. Lepak-lepak tengok tv lepas tu aku dan 'anak-anak' pun berselfie seratus dua das. HHAHAHAHA!
 

anak-anak terchenta~ ♥
 
 
anak-anak kecik (exclude yang specky tu. hahaha)


perangai mental dah datang. HAHAHA!
 
lepak punya lepak, dah malam dah. (eh baru perasan) [buu tipu. macam lah rumah tu takde tingkap.]
hahahaha actually kami semua ni tunggu paksu yang kerja pagi. since dia nak ikut beraya jugak, so we have to wait for him. bila dia dah sampai, then kitorang pergi Taman Tun Aminah, rumah mak long aku yang jarang gila aku jumpa. then pergi rumah makcik kesayangan aku (ehh kesayangan?) dekat Bandar Tenggara. time dah almost 11 o' clock.so memang ngantuk gila sampai aku tak layan pun cousin aku yang OKU. aku perhati dia macam nak sembang dengan aku. (sorry, ayu... kita penatlah.;/) then makcik aku jumpa aku and she said
 
Kalau arwah anis ada lagi, mesti dia cantik macam Farah (okay, family aku memang panggil aku Farah)
 
sedih gila weh. aku pun terfikir jugak, kalau arwah Anis ada lagi mesti dia yang paling rapat dengan aku *expectation je*
-
-
-
-
lama jugak beraya dekat rumah mak mah ni. nak dekat 12:30 jugak baru balik. aku rasa nak patah tengkuk aku duduk dekat belakang tu memandangkan aku nak lelap jap. tapi tulah si sepupu bawak kereta. laju kelaut~ -_-''
 
sampai je dekat rumah paksu, lambat jugak tido. nak dekat pukul 4 pagi baru tiso. kalau bulan puasa ni memang terus sahur lah. kesannya, besok pagi semua bangun lambat~ whole day tu takde nak  buat apa. mak aku sibuk shopping T_T
 
petang tu ada somebody yang datang... somebody yang dah 7 tahun aku tak jumpa.....
 
nak tahu?
 
 
akan bersambung di lain bahagian. ♥
 
**TO BE CONTINUED**

Friday, 8 July 2016

Alkisah Khemah Ibadah (Draft)


Assalamualaikum... Apa habaq (khabar) orang kampung. uih stress gila aku macam ni. sepatutnya aku post entri ni semalam. tapi aku tak sempat nak save (yelah tulis dalam notepad je kot) aku malas nak tulis direct dekat blog sebab aku guna phone. memang display macam ppftt..

actually aku nak cerita pasal Kem Remaja Rabbani a.k.a kem ibadah yang aku pergi jumaat lepas. uish. dah seminggu aku balik doh. sepatutnya aku post sabtu or ahad lepas. okay okay. tanpa membuang masa.. ni yang aku nak start story ni. kita start dari first day.

FIRST DAY
actually Ustazah Shamsiah ada cakap yang kitaorang tak boleh bawak phone tapi c'mon lah.. kitorang just nak enjoy merakam memori indah je pun. lagipun bukannya ada time pun nak main masa program atau slot tengah berjalan. Ustazah takut hilang maybe. tapi kami yang degil kepala batu konkrit ni nak jugak bawak. at the end kena rampas dengan Rafizah. i mean Cikgu Rafizah. ada yang terselamat tu UNTUNGLAH!!
and then... lepas dah masuk dewan tu.. kitaorang pun diserahkan kepada consultant yang ditugaskan meng'handle' kitorang. uish. kau tak tengok betapa garangnya 'ostad' (ustaz) yang bagi talk untuk slot pertama tu. first-first dia tanya pasal niat istinjak. fuhh lupa weh lupa. haa hambik kau.. nampak macam benda kecik not a big deal lah tapi hakikatnya besaq sungguih (buruk gila aku speaking kedah. hahaha) oh ya.. nama 'ostad' tu Zaid. Ustaz Zaid. boleh lah search facebook dia Zaid Muhammad then tekan button add. oh ya aku lupa pulaknak cakap yang nama consultant yang handle kitaorang ni PUPAQSI.. err aku lupa ah PUPAQSI ni short form from apa. haish tulah post lambat lambat lagi. kau dah lah pemakan semut tegar (pelupa paling hardcore) haish. okay sambung balik cerita. aku stop sampai mana eh? haa pasal istinjak eh. eh dah habis lah lepastu... err jap jap. **fikir sejenak** lepastu berhenti solat asar then sambung balik main game. kali ni ustaz ruzaimie/rozaimy/ruzaimy/rozaimie ah the hell lah ejaan dia. aduhmak. ustaz ni kinda funny. agak kelakar eh tak.. kelakar yang amat. aku rasa tegang urat muka aku kalau turn dia bercakap. fuhh. selepas hampir beberapa jam dia bercakap... rehat and solat maghrib. tapi sayang tak boleh solat pulak. :'(
lepas isyak... diorang masuk slot 'wawasan hidup' (err betul ke? Seriously lupa weh) tapi yang aku ingat time ni ustaz ruzaimie/rozaimy/ruzaimy/rozaimie (bitch perlu ke aku keluarkan semua jenis ejaan nama dia.) yang handle. Firstly, aku memang terhibur memandangkan dia kelakar level 100... Tapi, segalanya bermula bila dia start the story.
The story bermula begini...
Dia kata kisah ni berlatar negara Turki. Kisah pemuda Islam dan perempuan yahudi. so dipendekkan cerita, ceritanya begini :-
Pemuda yang islam ni tak tahu perempuan yang dia couple ni perempuan yahudi. Sampailah satu hari bila dia dah tahu... Dia pun cakap lah dengan perempuan tu yang dia sanggup buat apa sahaja asalkan dapat bersama dengan perempuan tu. And (kita orang expect perempuan yahudi tu suruh lelaki tu keluar daripada islam tapi lain pulak yang ustaz cerita) perempuan yahudi tu suruh lelaki tu bawak kepala mak dia hadap perempuan tu. (Like seriously weh!?) Lelaki tu macam *muka terkejut beruk*. Demi cinta dekat perempuan tu.. Dia pun berlari ala-ala Hafiz Suip dalam music video Awan Nano (hahaha aku saja tambah) sampai je rumah.. Mak dia pun sambut dengan penuh kasih sayang. Mak dia siap masakkan lauk favourite dia lagi. Tapi dia tak makan. Dia terus pergi dapur and ambil pisau. Eh tak. Parang. Eh? Agaknyalah. Dan terus get ready nak penggal kepala mak dia. (Gila ah. Aku dah shivering dengar cerita ni. Nak menangis pun iya jugak. Tapi ustaz kata "jangan nangis, ni cerita kelakar" ke-la-kar -_-)
Pemuda tu pun penggal lah mak dia sendiri. Dan dia pun bawak dalam guni and dia berlari menuju ke perempuan yang dia sayang sangat tu. tetiba "buk gedebuk!" dia terjatuh. then kepala mak dia tergolek keluar... tengah dia mengaduh kesakitan.. tetiba (tiba-tiba) kepala mak dia bersuara. gila tak seram sia. mak dia tanya lah dekat anak dia yang jatuh tergolek tu - "adik jatuh ke? Adik sakit? Adik takde pape?" Time tu kitorang dah macam pfftt memang menangis lah weh. Lepastu barulah ustaz kata "haa nangis lah. Jadikan airmata blablabla airmata taubat" lepastu boleh pulak dia suruh kami semua tulis surat untuk mak kami. Haish. Dia kata tulis lah apa kau nak tulis. Aku tak tau lah depa tulis apa tapi tang aku menulis aduuuu mak mengarut dahlah sambil nangis. Kelakauuu. Sambil nangis sambil tu lah menulis memang kembang ink kat kertas tu dengan air mata aku. Hahahaha dah puas nangis tu masuk tido sebelum tu makan junk food dulu.. It's unhealthy habit -.-"
Esok pagi tu praktikal solat je dengan penilaian pafa. Tu je kot. Lepastu majlis penutup, makan, selfie, balikkkkkk.

Ni je satu yang dapat aku tangkap.-.-

Pergi kem pakai jeans baru hipstur. Hahaha


Fuhh akhirnya habis jugak aku menulis. Lama wehhhh aku draft. Baru nak post. Ni pun aku post cerita ni dulu pastu post cerita rayo. Tunggu jelah.

**THE END**