Monday, 2 February 2015

Terdiam Hanya Diam

Assalamualaikum. Lama kan aku tak bukak belog ni. *nada serius*
Harini aku nak cerita pasal somebody yang aku minat since 4 bulan lepas. Hmm aku fikirkan lepas aku jumpa dia 4 bulan lepas kat satu kem ni, aku takkan jumpa dia lagi. Rupanya rezeki aku, bukan setakat dapat jumpa dia.. Tapi dapat jadi schoolmate dia lagi. Tak sangka aku tergerak hati nak turut cakap mak aku suruh tukar sekolah.  Seronok dapat tengok muka dia lagi. Tapi kali ni aku dah tak mesra dengan dia macam dekat kem dulu. Sebab aku tak berani nak tegur dia. Aku hanya memerhati dalam diam. Kadang-kadang tersenyum. Kadang-kadang menangis. :")


Haa aku ada tulis something untuk dia. Special. Luahan hati aku yang nampak sedih tapi entah lah. ^^

Assalamualaikum.
Minta maaf andai ada salah dan silap.
Cinta dalam diam.. Hmmm..
Siapa sangka semua orang pernah rasa macam ni kan?
Tak salah sebenarnya mencintai seseorang itu dalam diam.
Bahkan itu lebih baik daripada menyatakan cintanya kepada yang belum tentu menjadi yang halal untuknya.
Bukankah itu lebih baik?

Setiap kali bila aku nampak dia,
Walaupun dari jauh,
Hati ni gembira ada, sedih pun ada.
Gembira sebab dia selalu muncul dengan wajah tenangnya,
Ramah tingkah lakunya,
Berani bersuara dalam menyatakan yang hak.
Dan rasa sejuk mata bila memandang dirinya.

Aku jadi sedih bila kenangkan dosa-dosa yang aku dah buat.
Andai takdir dah tertulis yang dia benar akan menjadi imamku,
Janganlah bagi dia tanggung kesemua dosa-dosa aku.
Sungguh aku tak sanggup melihat dia menderita di akhirat kerana aku, Ya Allah.
Terkadang hati ni merasa aku tak layak memiliki dirinya.

Bila fikir balik, ada benar jugak kata-kata ni :
"Solehah itu tidak terlihat pada cantiknya wajah.
Tetapi pada cantiknya iman.
Tidak pada kulit mulus,
Tapi pada hati yang mulus.
Bukan pada karier hebat,
Tapi akhlak yang hebat."

Lagi baguskan jika rohani dan jasmaninya kacak.
Bertuah orang yang berjaya memiliki insan mulia semulia hatinya juga.

Aku masih ingat lagi,
Kali pertama aku mendengar suara dia,
Mendengar kata-kata semangat darinya,
Aku dah mula jatuh cinta dekat dia.

Tapi entah kenapa diri ini terasa hina nak berkenalan dengan dia.
Apatah lagi nak bergandingan dengan dia,
Insan yang selalu merendah diri.

Cukuplah hanya Allah yang tahu betapa besarnya cintaku terhadap dirinya.
Walaupun Cuma dalam diam.
inshaAllah aku gembira.
Semoga dia bahagia bersama insan yang menjadi pilihan hatinya.
Amin.. inshaAllah.

Tapi aku tetap berdoa. Andai dia adalah jodoh aku.

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ya Allah
Seandainya telah Engkau catatkan
Dia (S) milikku tercipta buatku...
Satukanlah hatinya dengann hatiku.
Titipkanlah kebahagiaan antara kama
Agar kemesraan itu abadi

Ya Allah..
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani
Seringkanlah kami melayari hidup ini
Ketepian yang sejahtera dan abadi
Maka jodohkanlah kami.

Tetapi Ya Allah
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku...
Bawalah dia jauh danpada pandanganku
Luputkanlah dia dan ingatanku
Dan periharalah aku dan kekecewaan..

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan
Menolak bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja yang merah..
Agarku sentiasa tenang.
Walaupun tanpa bersama dengannya

Va Allah yang tercinta
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu..
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku...
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui..
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini

Ya Allah...
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...
Di dunia dan akhirat...
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu
yang daifini...
Jangan Engkau biarkan aku sendirian...
Di dunia ini mahupun di akhirat...
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...
Agar aku dan dia sama-sama dapat
membina kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau redhai...
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah...

Ya Allah...
Serikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat...
Dan periharalah kami dar azab api Neraka...
Amin. . . amin...Ya rabbal aalamin.

Salam'alaik.

Maaf ye, post kali ni memang panjang. Luahan hati la katakan. He he he. ☺


**THE END**

No comments:

Post a Comment