Tuesday 16 May 2023

Guru Insani Pemangkin Generasi Madani

 Assalamualaikum and hi.. lama betul kita tak bersua eh.

(dok tahu la ada lagi ke tidak reader nya tapi lantok ler... yang penting, i ada platform whenever i rasa nak menulis.)

So, i tahu i dah lama tak menulis... but today i have to. sebab hari ni i rasa special. Hari ni merupakan hari guru!

Selamat hari guru kepada semua pendidik. Terutama sekali yang pendidik yang banyak menyumbang dalam pembentukan seorang Nur Fahada. Bermula dari pendidik terawal iaitu bonda dan ayahanda, hingga ke guru sekolah dan pensyarah universiti.

To be honest, setiap guru yang hadir dalam hidup i memainkan peranan penting dalam membentuk diri i. Bila i kenang semula. bukan semua cikgu yang ajar i terus dapat bentuk i menjadi Nur Fahada. Ada yang hadir dan menjadikan i seorang Faa. Ada cikgu yang hadir dan membentuk i menjadi Fafa. Ada juga yang hadir dan menjadikan i seorang Adda. Dan kombinasi tunjuk ajar daripada guru-guru ini lah yang membentuk Nur Fahada. 

Apa yang i mengarut ni? hahaha

But itulah. Apa yang i nampak, kita tak boleh expect seorang guru boleh mengubah keseluruhan diri kita. sebab proses pembelajaran dalam kehidupan ni akan terus berjalan sampai kita mati dan guru kita bukan guru sekolah semata-mata. Bila kita dah habis sekolah, guru kita adalah pensyarah di universiti. and bila kita dah grad, guru kita pula adalah majikan atau supervisor atau senior di tempat kerja.

I bersyukur sebenarnya dipertemukan dengan guru-guru yang pelbagai ragamnya. yang mulut lancang, yang suka cari pasal sampai lah yang penyayang dan penyabar.

"taknak kenang ke mana cikgu yang paling best?"

Of course la ada.

I sebenarnya paling salute teacher english masa i sekolah menengah. sebab i masa sekolah banyak main dalam kelas. tapi alhamdulillah excel in exam. Cuma tula, malas nak buat homework atau classwork. Tapi teacher i ni sabar je. dia tak marah macam cikgu-cikgu lain. dia cari alternative lain. everytime my classmate tanya soalan kat dia regarding the exercise, dia akan pandang i and mintak i jawab. so secara tak langsung i pun jawab exercise dia. hahaha bijak betul my teacher ni. 

kalau nak ikut, banyaklah benda yang nak dikenang tapi biarlah yang lain tu tinggal sebagai memori. mengenang lebih-lebih ni buat i makin rindu and sedih je. 

apa-apa pun, Selamat hari guru untuk semua pendidik tak kira pendidik formal atau tidak formal. terima kasih untuk effort dan kerja keras guru-guru semua.

2011-2016 ❤️


Saturday 5 November 2022

Tahajjud Challenge for a Month: A Reflection

 Assalamualaikum, hi guys! (ada orang ke?)

Tak kisah lah. Hahaha

Cepat betul masa berlalu kan. Dah nak hujung tahun dah. Usia makin meningkat. Komitmen semakin bertambah. ugh adulting is hard!

Pejam celik pejam celik, next year aku dah 24 tahun. Ada baki 6 tahun sebelum aku melangkah ke 30-an. Ini bermaksud aku ada 6 tahun untuk selesaikan senarai 30 things to-do before 30. Eh kenapa nak cerita pasal life pulak ni?

Eh memang nak cerita pasal life kan? 

Ha betul lah kut? 

Whatever...

Tapi betul lah, aku memang nak kata, hidup aku di tahun 2022 ni boleh dikira antara yang termanis sepanjang aku hidup selama 23 tahun. Tapi nak kata manis pun tak jugak. Tahun ni paling banyak emotion damage. hahaha. Eh tapi walaupun emotion damage, aku bersyukur dikelilingi kawan-kawan yang baik. Especially kawan-kawan yang mendekatkan aku dengan Tuhan.

Cakap pasal Tuhan, bulan lepas aku dengan kawan aku sembang pasal life, jodoh yada yada yada... Yela, makin kita dewasa ni, perbualan pun makin serius dan deep. Sekali dia ajak aku buat tahajjud challenge sebulan. Yang kelakarnya, pagi tu aku dah buat dulu. tak tahu kenapa tergerak hati nak bangun tahajjud. (Wallahi ni bukan nak riak ya. Aku cerita untuk iktibar diri aku sendiri)

So aku pun tak banyak cakap terus setuju dengan challenge yang dia suggest. Aku buat ni untuk 31 hari. aku tak sangka ya, aku sanggup commit nak bangun tahajjud setiap hari (kecuali menses and ada sehari aku tertinggal sebab tak terjaga). Bila dah rasa tak sangka ni... mesti lah aku nak muhasabah diri. Apa perubahan yang aku dah buat selama aku buat tahajjud ni.

To be honest, susah sangat nak berubah. There's time aku rasa berat gila nak solat fardhu. Ada masa aku tahu aku tak khusyuk langsung time solat. Tapi tak bermakna aku rasa tak ada perubahan langsung dalam hidup aku. 

Benda paling ketara yang aku perasan adalah anger issue aku. Sebab childhood traumatic aku memang menumbuhkan anger issue yang sangat kronik. Tapi lately ni, aku dah senang cool down. tak macam dulu. at least seminggu aku nak cool down. Selain tu, ada part yang aku rasa urusan seharian aku dipermudahkan. Alhamdulillah syukur.

Cuma, sejak dua tiga hari ni, aku tak tahu kenapa aku tersangat emotional. Aku jadi senang tersentuh. senang menangis tiba-tiba. dah berapa kali aku nangis time dalam solat. bukan time doa. memang tengah baca al fatihah tiba-tiba sebak. Haih.

Eh reflection macam ni ke? tak macam reflection pun ni? Haha lantaklah. janji apa yang aku nak cerita tu sampai. Tu jela aku nak cerita. betapa besarnya kuasa solat ni. tambah pulak kau buat solat tahajjud ni. Waktu yang Allah turun ke Arsy Bumi memakbulkan doa hambanya yang bertahajjud. Kalau ada peluang, kalau rasa tergerak hati, buat lah. jangan teragak-agak. kadang-kadang gerakan hati ni panggilan daripada Allah yang rindukan rintihan hambanya.

Semoga lagi 5 ke 10 tahun baca ni, aku masih lagi kekal istiqamah. Amiinn Ya Rabball Alamin.

Salam sayang,

Nur Fahada <3

Tuesday 23 August 2022

Enumerator: The Lesson

 Assalamualaikum and Hi~

Lama betul aku tak menulis dalam diari digital ni. Missing those times when aku ada banyak gila idea nak menulis. hahaha

Entri kali ni as you can see on the title, aku saja lah nak cerita tentang pengalaman aku jadi enumerator untuk satu institut ni. At first aku taknak menulis pun. Sebab aku aku rasa there's nothing interesting to tell about being a enumerator.

But i guess i was wrong. there are something interesting yang aku belajar sepanjang 4 hari aku jadi enumerator.

So, basically enumerator ni kerja dia buat survey, tanya-tanya soalan yada yada yada dekat public. I was invited by my cousin to join him. At first aku macam agak ragu sebab aku benci gila dengan data and aku benci nak communicate dengan orang.

Tapi aku macam pujuk gak la diri by saying "sampai bila kau nak duduk dalam comfort zone kau? It's time for you to try. Kalau tak, sampai bila-bila pun kau tak tau takat mana kemampuan kau." and said yes. Firm yes!

Tapi makin dekat hari nak start bertugas tu, aku makin anxious. makin takut. i almost breakdown. aku lawan la juga. A bit struggling la. belum lagi dengan aku punya paranoia dekat orang yang aku tak pernah jumpa.

And the day akhirnya tiba...

start dekat Batu Pahat, everything was okay mula-mula tu. Tapi the next day i was collapse. there's a makcik seems annoyed bila soalan yg i tanya makin lama makin panjang. Idk maybe social exhaustion. Tapi yela, sebagai seorang yang ada anxiety, of course benda ni akan affect my emotion juga. i feel like i annoy people. Tapi aku macam okay balik bila my team buat survey dekat BP Mall. Maybe sebab responden pun happy dengan kita. At this point, aku serasa macam menghargai betul kalau ada responden yang ramah dengan aku. Like, even aku penat pun aku akan join the vibe. 

Dekat Muar aku tak ada masalah sangat nak cari responden since makcik pakcik and cousin aku ada dekat situ. and responden yang diorang nak pun tak ramai. Jadi tulah, yang paling banyak menguji aku cuma masa dekat Batu Pahat.

Aku bukan nak cerita sangat in detail pun pasal experience aku buat survey ni. Aku cuma nak cerita, satu nilai yang aku dapat sepanjang aku buat survey ni - trust, jujur.

Aku rasa aku paling banyak belajar pasal trust. how people baik melayu, baik cina nak bagi kita trust untuk diorang share information tentang diorang. Betul lah orang cakap, trust atau kepercayaan ni macam satu kuasa. kuasa yang besar. Hanya orang tertentu je yang layak diberi kuasa ni. dalam kes ni, responden mungkin macam kurang percaya aku untuk share apa-apa info pasal diorang. 

Yela, kalau kita ibaratkan 'kepercayaan' ni sebagai satu 'kuasa', memang merbahaya la. Sebab kuasa boleh jadi bahaya kalau disalahgunakan. Macam kepercayaan. kalau kita dah dapat kepercayaan daripada orang, kita kena jaga dan jangan salahguna. sebab sekali kita salahguna kepercayaan atau 'kuasa' tu, selamanya orang dah takkan percaya dengan kita.

last but not least, apa yang aku boleh conclude, aku bukan orang yang sesuai untuk buat kerja enumerator ni. My social anxiety teruk namampus and aku cepat rasa social exhaustion. Even now pun aku tengah recover from social exhaustion. aku seriously tak boleh nak bercakap dengan orang dah sekarang ni. rasa penat, rasa down, rasa depress.

Aku harap aku boleh recover cepat from this social exhaustion. Sebab aku kena get up and teruskan hidup. hm.

To all Bangsa Johor area Batu Pahat, thank you and sorry.

Thank you semua responden yang sudi bergambar!


xoxo, FJ

Tuesday 7 June 2022

Koleksi Soalan Daripada Panel Kepada Calon APB LG241

Assalamualaikum! Hello!

First of all, sister nak ucapkan tahniah dekat adik-adik yang berjaya dapat panggilan temuduga daripada Akademi Pengajian Bahasa UiTM khususnya untuk adik-adik yang memohon Sarjana Muda Pengajian Bahasa Gunaan (Kepujian) Bahasa Melayu Komunikasi Profesional 

Yep, kalini sister punya entri tentang soalan-soalan yang berkemungkinan panel tanya kepada calon-calon temuduga.  Soalan yang sister akan senaraikan ni merupakan soalan yang ditanya oleh panel kepada calon LG241 pada temuduga 4 Jun 2022. Calon-calon ni memang daripada awal dah approach sis untuk persediaan temuduga. Yang lagi terhiburnya, lepas sesi temuduga tu, ada yang gembira, ada yang takut, ada yang tak puas hati. hahaha. macam-macamlah...

Jadi yeah..  sister akan senaraikan soalan-soalan yang pernah ditanyakan kepada calon-calon temuduga LG241 termasuk soalan yang sister dapat masa temuduga dan senior-senior lain.

Koleksi soalan temuduga LG241 

  1. Kenalkan diri - masa sister dulu sister sebut nama, asal daripada mana dan lepasan apa.
  2. Dari mana dengar program LG241 - Sister jawab program ni recommend daripada guru bm stpm sis sebab beliau lihat potensi sis dalam bidang bahasa (padahal sis search sendiri je ni hahaha)
  3. *Apa kelemahan diri dan cara tangani kelemahan itu
  4. Kenapa pihak APB perlu ambil anda sebagai pelajar APB
  5. Kenapa pilih program LG241 ni - (Blog Adilah Asari 2014)
  6. *Apa hobi anda? - (Blog Adilah Asari 2014)
  7. Pengalaman bekerja part time - (Blog Kisah Si Meow 2014)
  8. *Pengalaman pahit ketika bekerja part time - (Blog Kisah Si Meow 2014)
  9. Elemen dalam puisi iaitu perbezaan sajak, syair, pantun dan seloka - (Blog Kisah Si Meow 2014)
  10. Calon diminta berpantun - (Blog Kisah Si Meow 2014)
  11. Kenapa tak letak kursus ni sebagai pilihan pertama? 
  12. [situasi] macam mana nak handle kawan yang tak hantar assignment (Calon 2022)
  13. [situasi] macam mana nak handle kawan yang suka tumpang pergi kelas tapi lambat. sampaikan kita pun kena denda dengan lecturer (Calon 2022)
  14. Kenapa tak ambil course Law je? - soalan ni biasanya untuk lepasan asasi dengkil (calon 2022)
  15. Objektif utama uitm
  16. *apa yang awak akan buat lepas grad daripada kursus ni?

Okay, setakat ni ... semua soalan yang pernah ditanya panel kepada calon-calon temuduga. Sis akan update tau list ni dari masa ke masa.

Untuk soalan yang bertanda (*)... soalan ni merupakan soalan yang panel tanya dalam english. yep. walaupun kita ambil course bahasa melayu, tapi dalam temuduga panel akan bagi juga satu soalan bahasa inggeris. tapi jangan risau. jawab santai-santai je. tak perlu nak guna vocabulary yang gempak kebabom.

So, setakat ni jela entri sis kali ni. apa-apa persoalan berkaitan LG241 APB boleh terus reach sis melalui platform di bawah....

Instagram: nfafajay
Facebook: Nur Fahada
Telegram: @nfafajay

Kalau nak baca entri lain tentang LG241 APB boleh tekan link dekat bawah ni...

Sunday 29 May 2022

Spaghetti Ala Aglio Olio

 Assalamualaikum and Hello guys!

lama betul aku tak share masak masak en. Bukan pa, dah takde masa dah nak masak-masak. tambah pulak sejak dah intern ni.. penat mat. 

okay lah. taknak mukadimah panjang-panjang. straight to the recipe.

resipi ni aku nak share sebab aku dah berapa minggu makan benda alah ni. Satu sebab mak aku taukey laksa johor jadi stok spaghetti sentiasa meriah. kedua sebab simple. senang gila. ok jom start.

Bahan-bahan

  • Spaghetti satu paket (aku pakai brand kimball. rasanya dalam 200g kot?)
  • Bawang putih dalam 6 ulas (tumbuk/blend/giling sukatilah memana pun janji hancur)
  • Lada hitam dalam 1 sudu teh je (kalau biji kena tumbuk. nak senang pakai serbuk)
  • Chili flakes (ikut suka. kalau suka pedas boleh letak banyak.)
  • Minya untuk menumis (pakai la minyak apa pun. minyak sapi, minyak zaitun, minyak mazola minyak goreng ikan semua boleh. kau je pun yang nak makan)
  • Binatang pilihan (udang/ayam/lembu/ikan/sotong/biribiri/biawak etc etc)
  • perasa (garam/ajinomoto/cukup rasa/pasti sedap)

Cara Nak Masak

  1. Panaskan minyak
  2. masukkan bawang putih dengan lada hitam. goreng sampai naik bau.
  3. agak-agak dah nak garing tu, masukkan binatang pilihan. kalau takut hangit, tambah air sikit. pakai air rebusan spaghetti pun boleh.
  4. masukkan spaghetti. kacau sampai sebati.
  5. masukkan chili flakes. lepastu kacau lagi sampai sebati.
  6. letak perasa. agak-agak je.
  7. hidang la cecantik
ok dah boleh makan.

Resepi ni sesuai untuk:
  •  yang nak menu cepat dan pantas, 
  • untuk student yang kesempitan, 
  • untuk bujang yang lonely, 
  • untuk isteri yang nak flex dekat suami masakan ala itali melayu, 
  • untuk suami yang tak tau nak masak apa untuk isteri, dan 
  • untuk yang malas tapi kelaparan.
Sekian... sori lah gambar takde hahahaha.

xoxo, effjay.

Saturday 28 May 2022

Interview LG241 Tips Edisi Online

 Assalamualaikum and hi adik-adik sister!

Sis tahu, kalau korang datang sini sama ada korang tengah survey course atau korang dah dapat panggilan temuduga. hehehe

So ni quick post sebenarnya since ramai yang DM sis kata sis punya entri tentang temuduga tu untuk temuduga bersemuka je. Yelaaaaaaa... Demi adik-adik sis... sis buat versi online pula

Eh lupa pula nak buat introduction..

Tips ni sis share untuk adik adik yang berminat dengan kursus Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Gunaan (Kepujian) Bahasa Melayu Komunikasi Profesional (LG241)

To be honest lah kan, Tipsnya sama je dengan interview face to face. technically memang korang face to face pun kan even dalam meet.

Pada pandangan sis lah kan, tips dia BE CONFIDENT je. Sebab course ni course komunikasi. dah tentu lah panel akan tengok cara kita berkomunikasi. sebab tu sis kata confident itu penting. tak kisah lah korang gugup ke, korang tersasul ke, make sure korang kekalkan keyakinan tu.

let say lah kan... Panel tanya...

Lepastu korang jawab. tapi korang tersasul. korang tersebut perut instead of parit.

tips yang selalu sis guna bila tersasul macam ni sis akan gelak kecik. jangan la gelak macam gedik tu. gelak biasa sudeh. lepastu terus terus betulkan and back to track.

Panel ada tanya soalan berkaitan semantik pragmatik atau bidang-bidang bahasa ni ke?

Good question. Mungkin ada. Tapi selalunya panel tak tanya sebab bukan semua calon LG241 ni ambil bahasa melayu STPM. but boleh je nak be prepared. Soalan dia very random untuk setiap sesi. So tak boleh nak expect. Kalau masa sis dulu... soalan yang ditanya ada 4 je. sorang panel satu soalan. 

Ok lah sis copy balik je posting dari entry lama tu. ahahaha.

mula tu kalau tak silap (i try my best to remember setahun yang lepas punya cerita. hahaha) lecturers suruh perkenalkan diri. Biasalah sis pun cerita tentang Nama, umur, lepasan STPM sekolah mana blablabla.

Soalan kedua, Dari mana kenal program LG241 ni dan apa yang buat kita mohon? Sis jawab sis kenal ni dari internet masa sis tengah mencari kursus yang sesuai dengan bidang subjek sis ambil masa STPM (Seni atau BM). Sis jawab juga yang cikgu sis yang dorong sis ambil kursus ni (ceh padahal tak cerita pun kat sesiapa. hahahaha)

Soalan ketiga.... Soalan bahasa Inggeris daripada Encik Azhar. "What is your weakness?" fuh masa ni bergelombang otak sis nak menjawab. Akhirnya sis pilih 'easily demotivated' sebagai weakness. Jadi jawapan sis jadi; My weakness is i easily demotivated especially when it comes to comment or people perception towards me. (then Encik Azhar tanya macam mana sis overcome weakness tu) How I overcome my weakness? I usually try to busy myself with works to ignore what they said and try to keep positive people around me. - Apa yang sis taip ni takdelah bulat-bulat sama dengan apa yang sis cakap. benda setahun lepas mana den nak ingat haaa.

dan soalan terakhir, soalan yang tetiba sis rasa sis ada competitor. hahahahahaa

Soalan 'kenapa kami perlu terima awak'. sis pun jawab lah dengan penuh keyakinan yang melampau. siap menggoreng jugak lah. Jawapan sis masa tu; Saya berpengalaman menjadi pengarah projek (padahal penolong pengarah jewr) dan setiausaha untuk pameran seni stpm di sekolah saya dan saya juga berpengalaman menjadi pengacara majlis dan mengelola acara-acara rasmi di sekolah (padahal sekali dua je)..

Masa soalan ketiga tu.. ada juga sis tersangkut sebab yela, blank otak sebab nak kena buat ayat english on the spot. Tapi sis cover nervous tu dengan gelak and jadi ceria. Ye, the second key adalah CERIA! Sebab bila kita terlalu tunjuk yang kita gugup atau nervous, kita automatic akan tunjuk dekat reaksi wajah. jadi cara nak sorok adalah dengan gelak dan jadi ceria. tapi jangan terlalu ceria sampai panel naik menyampah.. nayaaaaa je.

i think tu jela kot. Sister doakan adik-adik semua berjaya lepas peringkat temuduga ni. ada rezeki kita jumpa di bumi UiTM Shah Alam ya. (eh tapi sis dah habis study. ahahaha)

Macam biasa, kalau ada apa-apa soalan boleh terus direct tanya sis dekat sini:
Instagram: nfafajay
Facebook: Nur Fahada
Telegram: @nfafajay

xoxo, effjay ✿

Tuesday 17 May 2022

It's A Dream Comes True

 Assalamualaikum and hi!

Hari ni minggu kedua aku intern. So far, a bit tired. Aku tak tau sebenarnya kenapa aku penat sebab nak kata kerja banya, takde la banyak pun. Entah lah, mungkin aku penat mengenangkan masa depan yang aku tak tahu pun macam mana rupanya.

Tapi yang bestnya, aku dah ada dua artikel yang dah publish under blog company aku. yela aku kan content writer. link nanti aku letak dekat end of this entry ok. 

cakap pasal writer ni, macam tak percaya je aku sekarang kerja tulis blog. hahaha. padahal dulu aku tulis blog sebab aku rasa tulis blog ni cool. macam yasmin hunwick, nisakay, hanis zalikha. Aku tak pernah terfikir pun tulis blog ni boleh jadi satu kerjaya. Aku tau blogger writer ni pun satu kerja. tapi dulu mostly freelance je ambik job blog review ni. tapi sekarang orang dah built company, hire staff as writer and buat service. bagi aku power aaaa. hahaha.

oh ye, dah lama rupanya kan aku menulis blog ni. kalau dihitung dikira, dah 10 tahun rasanya since aku mula-mula start blogging. aku ingat lagi masa tu aku start first blog dengan url cintazamansekolahnazara hahaha childish gila. lepastu aku delete blog tu and buat blog kedua in 2012. tapi nama mengarut la. lagi tak gunanya, boleh pulak aku lupa password dengan email yang aku guna untuk create blog tu. habislah aku. penat aku nak recall balik nama-nama email yang aku pernah guna.

rencat gila tajuk blog dulu. dengan kaler takleh bawak bincangnya

lepastu, blog ketiga lahir. blog ni lah. Her Imagination Stories. inspired by Her Illusionist. masa tu aku guna url celotehninjapedas sebab aku crush dekat abang bomba yang hot macam abang pedas dalam novel Melur jelita. lepastu aku tukar jadi celotehgadisjulai, sampailah aku masuk degree, aku tukar jadi ni lah. thefafajaynee. banyak kenangan betul blog ni. daripada blog ni la aku improve tulisan aku. bayangkan la, kalau korang baca first entry dengan entri sekarang, jauh gila beza bagai langit dengan bumi especially dari segi ejaan.

blog kesayangan: Her Imagination Stories

sebenarnya aku ada lagi satu blog. tapi tula aku buat as a test blog je untuk aku try html, coding theme, widget pesemua. jadi tak perlu la kot aku share. tapi aku public kan je. kalau korang terjumpa, boleh baca.

Ni blog personal. boleh je kalau nak baca. 
tapi aku tak selalu pun share.


Jadi aku boleh conclude, kerja aku sekarang walaupun hanya intern adalah sebuah impian yang jadi kenyataan. aku nak jadi penulis. sekarang aku adalah penulis.

doakan aku. semoga internship aku ni mampu mengasah bakat aku jadi lebih hebat. amin InsyaAllah.

Link Artikel (jemput la baca kalau sudi)